About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Tuesday 10 November 2015

Bahagia itu datang dari Dia


Bila someone (seorang kakak) in her early 30s mengadu tak berjodoh lagi (dan Sufiah pun tak faham macam mana boleh pakar motivasi pasal jodoh pulak, sedangkan diri sendiri pun ntah kemana😹), jawapan Sufiah adalah:

“Sabarlah kak, bahagia tu datang dari Dia. Saya selalu doa, supaya dapat kebahagian itu. Tak kesah la bahagia tu datang dalam bentuk apa sekalipun. Kalau dengan adanya sahabat tu boleh membahagiakan, mudahkanlah dan pertemukanlah saya dengan sahabat-sahabat yang baik. Kalau dengan bersuami boleh membahagiakan, permudahkanlah saya dengan jodoh yang soleh wa musleh. Dan ternyata, saya sentiasa dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik (Alhamdulillah!), dan sangat bahagia. Mungkin itulah kebahagian saya buat masa sekarang!😊

Ye, bahagia datang dari Tuhan. Kadangkala kita rasa kita cukup semua, tapi hati kita tetap tak bahagia,
sebab, kita ego dan sombong nak minta dari Dia supaya hadiahkan kita kebahagiaan itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, yang selalu doa macam kat atas tu πŸ‘†πŸΌ, ye memang Allah bagi. Sentiasa dikurniakan sahabat-sahabat yang baik. Itulah nak cakapnya, Allah akan memakbulkan doa kita, kadang2 kita sendiri tak perasan. Tapi bila kita imbas kembali, confirmed apa yang kita dapat sekarang, ada kaitan dengan doa-doa kita dimasa lalu.. 


Ingin saya tegaskan lagi, bahawa bahagia itu datang dari Tuhan, dan sebagai hambaNya, kita perlu mencari Tuhan dulu, baru kita akan temui kebahagiaan tersebut! 

Semoga hati-hati kita terikat dengan kasih sayang kerana Tuhan.. Ameen..


From Birm with Love,
Sufiah

Wednesday 4 November 2015

Mujahadah Ilmu

"Kalau saya jadi akak la, mesti saya tak berhenti menangis. Pastu sekarang ni saya dah cari ticket nak balik Malaysia.."

"Saya tak rasa Op akan nangis.. Tak,kan? Op bukan jenis yang senang menangis gak kan?"

"Mmm..betul gak, tapi tak tahu la kalau saya diuji macam akak. Mungkin saya tak kuat. Sebab akak kuatlah Dia uji akak"



Mujahadah Ilmu..
Setiap orang, lain ujiannya. Diuji dengan masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah research itu sendiri hatta masalah supervisor pun boleh jadi effect!

Recently, seorang sahabat diuji. Tak perlu saya detail kan ujian tersebut, sebab makin panjang pulak ceritanya nanti.

Tapi, ye la..Allah uji, sesuai dengan kemampuan kita.

Once, I promised to myself, I won't cry because of my study anymore! Cukup la setahun master, saya dah cukup terseksa. Dan untuk PhD, saya akan buat-buat tabah, dan try untuk jadi tabah.

Saya, sentiasa doa semoga Dia kurniakan ketabahan yang luar biasa untuk saya. Dan alhamdulillah, ketabahan yang Dia beri, kadangkala membuatkan saya sendiri terfikir, bagaimana saya boleh lalui ujian tersebut dengan tenang dan tabah sekali.



Mujahadah Ilmu..
'Kekuatan itu datang dari Allah, Dia yang berkuasa memberi, dan Dia juga yang berkuasa menariknya kembali'

Dan kita sebagai hambaNya, perlu redha dan bersabar dengan ujian dan dugaanNya.

Seorang lagi sahabat pernah berkata, salah satu cara nak legakan hati adalah dengan selalu ingat kembali, 'Allah uji kerana sayang, dan kerana sayang, Allah mahu tingkatkan lagi level kita di Syurga nanti, sebab itu Dia uji kita..Supaya kita tabah, redha dan bersabar.. Supaya kita bersyukur, dan menikmati apa jua nikmat dengan hati yang lapang..' *tertusuk hati dengar!

Mujahadah Ilmu,

Semoga Mujahadah Ilmu kita, bukan kearah sesuatu yang sia-sia.. Ameen..


From Birm with Love,
Sufiah






Monday 19 October 2015

Ikhlas, ringan dikata, berat dilaksana...

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ… 

“Doakan saya ikhlas dengan PhD ini”

Antara kata-kata terakhir seseorang, sebelum dia pergi, menghadap Ilahi..


Betul, kadangkala rasa susah, rasa berat, rasa sengsara sungguh dengan study ni.

Kalau ikhlas, kenapa perlu ada rasa terseksa ni ye Sufiah?

Ye, mulut ringan kata, saya ikhlas buat itu, buat ini, tapi bila datangnya rungutan, ikhlas kah namanya tu??πŸ˜”

Ikhlas tu, memang mudah dituturkan, tapi bila nak sampai tahap keikhlasan itu, memang payah sungguh bagi manusia yang bukan siapa-siapa macam Sufiah ni...πŸ˜“

Ikhlas itu kadangkala perlu dipaksa, dan perlu disertakan dengan doa..

Kita, boleh menipu satu dunia, kata keikhlasan kita, tapi..hanya Dia yang tahu, tahap keikhlasan kita ni.. 

Bila hati disapa keikhlasan, perkara yang susah jadi mudah, benda yang sukar, jadi makin senang.. Dan kalau dalam relationship, benda yang teruk pun kita still dapat maafkan..mm..payah sungguh!!

Sejujurnya, memang susah nak dapatkan keikhlasan itu!! Keikhlasan untuk memaafkan orang, keikhlasan untuk habiskan study. Keikhlasan dalam melakukan apa jua pekerjaan kat dunia ni.. 

Saya, selalu terfikir, kalaulah saya buat something tu tak ikhlas, maksudnya apa yang saya usahakan semuanya ke arah yang sia-sia.. Allah!! Ikhlaskan lah hati ku, dalam melakukan perkara yang tidak sia-sia... Ameen

Sesungguhnya perjalanan study ini penuh liku. Diuji dengan dugaan hati, diuji dengan diri yang tak bermotivasi, diuji lagi dengan kesihatan diri.

Mungkin, perjalanan ini diuji disebabkan ketidakikhlasan diri seawal pengajian, kan?

“Doakan Sufiah ikhlas dengan PhD ini ye!!”

P/s: Maaf, Sufiah mengarut, melalut.. Pening kepala tak hilangdari siang.. Huhu


Birmingham, UK
21:05
191015
Menghitung hari, nak habis studyπŸ˜”πŸ˜­



Thursday 1 October 2015

Connection hati

S: Akak, percaya tak dengan connection hati?

R: Hah??

S: Ye la, macam kita ni, salah satu benda yang mengikatkan kita adalah connection hati.

R: Macam mana tu, tak pahammmmm...

S: Contohnyala, macam hari tu, masa solat raya, kak T boleh nampak saya melambai kat dia walaupun ditengah beribu-ribu orang..itulah connection hati..

R: Okay??

S: Contoh lagi satu, masa kita pegi jamuan raya, walaupun beratus-ratus orang kat situ, saya cepat dapat figure out kat mana lokasi kak N..sebab kami ada connection hati.. 

R: Ohhh..

S: For me, tak semua orang akan ada connection hati dengan kita.. Hanya orang yang betul2 sayangkan kita yang akan ada connection hati tu!😍

R: Contohnya husband and wife ke?

S: Sort of.. Tapi tak semestinya dengan berlainan jantina, dengan kawan rapat, dengan family pun kita akan ada connection hati tu..

R: Macam mana nak tau kita ada connection hati tu? 

S: Salah satu nya macam contoh-contoh yang saya bagi tadi.. Dan lagi satu..hihihihi..ini memang betul-betul terjadi..

R: Apa dia??

S: Mimpi.. Percaya tak mimpi??

R: Means???😱

S: Kalau kita mimpikan someone, orang tu sebenarnya tengah teringatkan kita.. And vice versa..

R: Eh, boleh percaya ke??

S: Tak kesah la kalau akak tak percaya, tapi benda ni selalu happen pada saya..bila saya mimpikan someone, bestfriend saya for example, then esoknya saya text dia, mesti dia kata memang tengah teringat kat saya pun..

R: Oh maksudnya kalau kita mimpikan someone, orang tu tengah teringatkan kita la ye?

S: Tak.. Tak semua.. Benda ni hanya applicable pada orang yang ada connection hati dengan kita je.. Hahahahahahaa

R: Hai, macam-macam la awak ni!! πŸ˜…

S: πŸ™ˆπŸ™ˆ


Ye, saya percaya dengan connection hati.. Connection hati mendekatkan hati-hati kita.

Dulu, masa kecik-kecik selalu wonder, abah selalu drop ibu ngan kami ni dekat mana-mana dulu (for example shopping complex), sebab nak cari parking. Then, abah mesti dapat jumpa kami. Walaupun time tu ramainya orang, walaupun shopping complex tu bertingkat-tingkat.. Itulah namanya connection hati.. Connection hati between suami isteri, connection hati between father and kids.

I would say, connection hati ni macam telepathy. When our hearts toward something similar, and when we love each other, connection hati makin kuat.. Dalam beribu-ribu orang, kita boleh nampak orang yang ada connection hati dengan kita, bila kita teringat dia, dia akan mimpikan kita and vice versa..hihihihihi

Tak percaya?? Takpelah... Just my own thought based on my own experience... :P



From Birm with Love
Sufiah


Tuesday 29 September 2015

Spinach lasagna untuk atkins dietπŸ˜‚

Psst... Last week senyap takde post pasal atkins ni, sebab iols was busy + iols tak strict diet setelah balik dari londres..hihihi

Balik dari london, setelah bantai makan ntah pape kt malaysia night, makan ntah pape kat malaysian hall etc, iols naik sekilo wey!!πŸ˜“

Minggu ni baru insaf sekejap, dan kena struggle sikit nak abeskan voucher exercise class, so diet pun kena start semula la dari awal..πŸ˜…

So officially, second diet start 28 sept! Yeah!!

Disebabkan suatu hari ni, datang rumah kawan and dorang hidang spinach lasagna, tetiba makcik sufiah ni teringin pulak nak makan makanan yang sama.. 

Dan..seperti biasa, makcik suka la tukar-tukar resepi, ingredients semua sesuka hati.. Haaaha.. Maka terhasillah makanan dibawah...

Spinach lasagna for atkins diet!

Dan disebabkan kita tak pakai lasagna sheet tu, so dia agak lembik, tapi opkos la dap2!! Weehhha!! πŸ˜‚

Makcik letak slices cheddar cheese sebagai pengganti lasagna sheet. Sama macam lasagna untuk atkins biasa tu, tapi ni kita letak spinach!! 

Tumis chicken mince dengan mushroom campur sikit lebihan (sebab nak abeskan) cheese, dengan spagetti sauce. Iols beli yg aldi punya, 45p je.. Yang tomato and mushroom punya flavour! Yummeh!!πŸ˜‹

Spinach pulak, gaul dengan telur, letak black pepper and salt sikit, then siap! (Ada lebihan telur tu, iols goreng jadi omelet je laa)

Pastu, buat 1st layer chicken mince, then spinach, pastu cheese, dan ulang sampai  abes.. Then, bakar sekejap agak2 cheese dah tukar warna, kita keluarkan, andddd makan!!! Yummeh!!πŸ˜‹

Yummeh tak sudah2.. Huhuhu... Buat masa ni, dah dua hari ber induction semula, berat tak turun2.. Walaupun makcik gigih exercise tetiap hari, but anyway, never ever give up ye!!

Doakan makcik tercapai hajat nak kurus semula sebelum masuk keje ye.. Dan paling utama, doakan makcik sufiah ni, abes la study dia yang tak sudah-sudah ni.. Dah tak larat dah, dan hati pun dah tak belong to here anymore.. 😭

From Birm with love, 
Sufiah





Monday 28 September 2015

Kala senja itu..


Hati, rasa sayu..

Jiwa, rasa pilu..

Fikiran, terus termangu...

Kala senja itu, 

Senja yang sentiasa menggamit rasa rindu..

Senja yang sentiasa meruntun kalbu..

Senja..

Aku..aku benci senja itu!

Senja, membuatkan aku rindu..
Senja, membuatkan aku pilu...

Allah, aku memohon dengan rahmat dan kasih sayangMu, hilangkan perasaan yang meruntun kalbu.. 

Hilangkan segala gundah gulana, resah jiwa, dan segala yang berkaitan dengannya... Allahumma ameen...

From Birm with love, 
Sufiah

Tuesday 15 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 14

Genap 2 minggu sesi induction Sufiah ye!πŸ˜…
Total weight loss -4.3kg, for two weeks.. Okay la kan?

Abes je dua minggu ni, Sufiah terus telan a slice of cheese cake..πŸ˜… Seriously I am craving for sugar!! πŸ˜“

Okay, pembetulan..bukan a slice, few slices..huhuhu.. Sebab dok buat cheesecake..



Japanese cotton cheesecake yang sangat fluffy.. Sila abaikan gambar yang tak berapa nak cantik, sebab dok tangkap gambar, tengah malam sebelum tidoq!!πŸ˜…

Sebenarnya teringat-ingat cheesecake kt Jusco (La bohem ke apa nama bakery dia tuπŸ™ˆ) and cheesecake kat tesco.. Cheesecake sini sangat typical yang pekat (how to say that??πŸ˜”), yang penting dia bukan spongy laaaa.. Alright, enough with cheesecake...

Hari terakhir induction ni, rasa seronok sebab boleh makan macam-macam.. Kind of reward to myself.. This coming week mungkin akan meneruskan lagi atkins diet, but not really strict.. 

Boleh tak, Sufiah tak mau ikut dia punya phase2 tu?? Kita tengok dulu this week, ada ke idok turun berat..kan?? Kalau takde, kita start semula induction yang lebih clean.. 

Final Dinner Sufiah for induction:

Chicken patties buatan sendiri and 2 diff mushrooms.. Disebabkan makcik sanfat suka mushroom, tu yang selalu ada dalam hidangan tu!! Hewhew...

Chicken patties tu macam resepi dulu, campak-campak katanya.. Dan yang mushrooms semua grilled biasa je.. 

Breakfast: scramble egg, chicken salamy and lettuce... 

Hari terakhir ni, rasa energy level tinggi..mungkin sebab dok telan gula (dari cheesecakeπŸ˜…).. Tapi memang salute la pada diri sendiri, tak rasa lapar dalam masa 11 jam!! Lama..macam puasa kat malaysia!!πŸ™Š

Exercise pulak, seperti biasa, zumba for tuesday..tapi class cancel, ganti dengan basic aerobic pulokkk...okaylaaaa..

Setakat tu je la skrg.. Next week kita tengok apa perkembangan kita ye setelah lepas sesi induction ni... Mmmm..

From Birm with Love
Sufiah




Sunday 13 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 10-13

Hiatus...

Lama tak update, banyak keje yang lebih penting perlu difokuskan.. Tapi diet tetap diteruskan walaupun pencapaian, kelihatan tidak memberansangkan sangat.. πŸ˜“

Dan sebab busy, menu diet, benda yang sama je everyday, asal dan..

Sibuk fokus pada lab, ayak batu, update result, baca journal nk writing.. Kehidupan post grad yg membosankan (atleast for me).. Okay I am just being exagerate actually.. Sebab dah lama sangat, dah tiga tahun tak siap-siap, tu yang bohsan tu.. Syok je belajar ni sebenarnya.. Hehehehe..

Okay berbalik pada menu yg asyik berulang2.. 

Telur bungkus atkins. Hari 1st letak daging burger dengan salami, 2nd day letak chicken mince. 

Oopsie bread, daripada cream cheese, telur and slice of cheese.


Chicken grilled biasa, dengan sayur grilled semua.. Resepi orang malas.. Huhuhu

Itu je la kot, berat pun takde pun berkurangan this week (I mean fluctuated, kejap naik turun).. Stress gak! Nk cakap plateau, baru je tak sampai sebulan diet....huhuhu..tapi kita tunggu selasa, nk tengok betul2.. 

Mungkin, mungkinlah.. Sufiah terlebih makan dairy kot (cheese!πŸ˜“).. So kalau takde pengurangan, nak kena tukar style diet, or tambahkan carbs intake kot, n kurangkan dairy.. 

Makcik ni tak sedar diri, cheese kan buatkan badan naik bila dtg sini! Tapi still nak makan cheese lagi....mmm, sekarang boleh perlahan-lahan lupakan cheese sebab nanti kat Malaysia pun takkan serancak makan cheese macam ni...

Tunggulah hari ke 15, Sufiah update.. Berkesan ke idok diet ni.. Kalau tak, iols start calorie counting je la gamaknya...πŸ˜‚


P/s: My apologies dengan tatabahasa bm saya..untuk semua posts saya, sebab dah lama tak tulis secara serious (sila baca formal!).

From Birm, with love, 
Sufiah






Wednesday 9 September 2015

Proten diet aka Atkin diet day 8 & 9

hahaha..semalam sakit belakang (low back pain), then takde semangat nak update blog. so hari ni kita teruskan rutin blog kita, UNTUK KEGUNAAN MASA AKAN DATANG..

Promise to myself, blog ini hanay akan di update sampai hari ke 14 je. Sebabnya diri sendiri bukannya ada banyak masa nak mengarut..huhuhu.. Just nak upload gambar menu diet untuk kegunaan masa akan datang (seperti penegasan diatas). Menu atkin ni akan di "share" sampai genap 2 minggu sajo, ye!

Day 8 (total weight loss ~3kgs, yippy!!)

-Menu breakfast + lunch

Egg muffins. Makan sampai rasa muak, sebab banyak telur, banyak cheese...huhuhu..

Dalamnya Sufiah letak onion ring, beef salami, tomato, dan telur 3 biji.. Then tutup belah atas dengan cheese slices carik-carik, bakar dalam oven sambil pegi mandi..hihii


-Menu dinner

Oven cooked sea bream with vegetables.

Sea bream tu (tak sure nama melayu dia apa, org sini panggil sea bream je), marinated dulu dengan cayenne pepper, salt, black pepper, paprika powdered, and a bit of lemon juice. lama gak marinated ni, 2,3 hari gak, sebab luppaaa... (syn phd syndrome katanya...) then masa nak masukkan dalam oven, potong-potong sayur, and campak sambil gaulkan dengan lebihan marinate dia, pastu bakar sesama ayam, sambil pegi mandi lagi...hihihi


Day 9.

-Menu breakfast + lunch


Sangat simple, scramble eggs, beef salami, lettuce.


Sebab sibuk nak masak untuk dinner terus. Malam ni ada usrah, jadinya possibility nk makan banyak tu ada. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, kita prepare makanan kita siap-siap ye..hhuhuhuhu..

-Menu dinner

Chicken ball/ chicken popcorn.

Nak cakap ball, memang tak berbentuk bulat lah (tak expert katanya), tapi jadi macam popcorn.hewhew... Chicken popcorn ni guna chicken mince, campur onion ring, paprika, black pepper, white pepper, salt, perisa (cukup rasa), Italian herbs and oregano (walaupun dah ada oregano dalam Italian herbs tu...hahahah).,

Untuk exercise pulak, yesterday, walaupun sakit belakang, Sufiah tetap pegi Zumba... sebabnya tak rasa sakit sangat lagi.. pastu, malammm, amik kau! menangis sorang-sorang, nak turun katil pegi toilet pun meraung...huhuhu...macam manalah kalau pregnant nanti ye.. :(

And today pulak, sebab ada usrah malam ni, jadinya takde la sesi exercise.. hari ni kita cuti ye..hihihi...

Okay, tu je la.. Stress gak dok update blog, tapi tugas hakiki tak siap-siap jugak!!...huhuhu



psstt...mayo tu Sufiah guna jenama Aldi je (kt sini la), dengar kata orang Malaysia kena guna yang jenama kewpie je kan?? Sorry la, iols tak kenal..huhuhu... yang jenama Aldi ni, Sufiah beli yang Real Mayo, carbs dia 0.5g.



From Birm, with love,

Sufiah

Tuesday 8 September 2015

Allahumma ameen


Tetiba perasaan tu datang.. Especially bila teringatkan dia...mmmmm..

Moga dipertemukan jodoh kita, ye!! Ameen...  

From me to you, 
Birm, 8/9/15
Sufiah

Monday 7 September 2015

Midyear review: 6 K's for this year!!

Walaupun dan terlebih setengah tahun, dan towards the end of this year, still lagi nak review..huhuhu

6 K's

1. Kuat ibadah- pasang surut, selari dengan iman yang pasang surut ni.. Allah!!πŸ˜“

2. Kena abis PhD -tengah struggle, stress dan nak nangis..😭

3. Keluar negara (travel!) - tak buat lagi, sebab takde masa😭

4. Kurangkan social media- done✅ (disable ig + deactivate fb)

5. Kurus- tgh struggle gak.. Sebelum balik msia dan sebelum usia 29 tahun..huhuhu

6. Kahwin- no komen..πŸ˜‚ bakal husband transit lama sangat, tu yang tak jumpa2 lagi tu..kihkihkihπŸ™ˆ

1 out of 6 je yang dah betul2 terlaksana, yang lain tgh struggle, atau macam tak nampak jalan penyelesaiannya...contoh, travel dan kahwin tu..huhuhu

Takpelah, yang penting kita usaha kan? Atleast tak rasa ralat nanti.. 

Kerp going Sufiah!! You can do it!! Yeahh!!

From Birm with love,
Sufiah

Protein diet aka Atkin diet Day 7

Masuk hari ke 7.. Total weight loss ~2.5 kg.. Boleh la kan? Banyak skip exercise!!πŸ˜… Actually exercise sekali je last week, itupun yg zumba tu.. Hai.. Dah tua-tua ni sangat tak motivated nak exercise lerrr...πŸ˜“

Berbalik pada tujuan asal, disebabkan semalam takde post, dan dah siap2 di‘combine’ dengan kelmarin, maka post hari ni pun akan combine dengan menu semalam

Day 6

-Menu breakfast + lunch : chicken soup lebihan soto

-Menu dinner


Chicken patties with grilled vegetables! Yummeh!!πŸ˜‹

Day 7

-Menu breakfast + lunch + dinner


Lasagna ala atkins! Sebab guna cheese and chicken mince je..πŸ˜… Sedap..tp sebab Sufiah tertabur garam ‘manyak’, jadi masin pulakk..huhuhu

Resepi ni amik idea daripada blog http://nusha1706.blogspot.co.uk/2014/08/resepi-menu-atkins-lasagna-ala-atkins.html?m=1 byk resepi2 untuk org yg tengah obses ber‘atkins’..hihihi

Tapi, seperti biasa, kalau resepi orang ni, Sufiah suka edit (kalau belajar dengan chef ni memang dah kena marah dah)..hahahaπŸ˜‚.. Untuk mince tu, instead of garam & blackpepper je untuk perasa,  Sufiah tambah cili powder, paprika, and sedikit seasoning. Ye la kita masak kena ikut citarasa kita kan? Barulah sedapp,dan enak untuk ditelan.. Hewhew.. Org yg mementingkan makanan memang camni, bak kata seseorang, biar jodoh lambat,jangan makanan yang lambat!!πŸ˜‚

Rasanya ini kuantiti yang banyak, so memang makan sampai ke dinner la.. Alhamdulillah!! 

Hari ni exercise cardio + toning kt rumah je, an hour.. 

Pagi esok kena timbang untuk comparekan berapa banyak penurunan dalam masa seminggu ni (even though pagi tadi tak sabau dah nak timbangπŸ˜‚).

Wish me luck!!

From Birm with love, 
Sufiah




Saturday 5 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 5 & 6

Hola little bloggy!! 

Hari ni, cheating day! Yeah!! (Actually takde la cheating sangat..πŸ˜…) Dan mungkin hari esok, menu tetap sama, sebab masak dalam kuantiti yang banyak.. Hari ni kami buat soto sebab dah lama tak masak secara serious dengan housemate.. HihihiπŸ™ˆ

Soto nyum2!! πŸ˜‹ tapi tak boleh makan bihun and begedil tu, banyak carbs!! πŸ˜“

Okaylah, kita teruskan menu atkins diet kita ye.. 

Day 5 & 6

-Menu breakfast + lunch 

Chicken soup, amik yang soto punya..πŸ˜…

-Menu dinner

Chicken patties with cheese and lettuce

Hari ni dinner lain sikit sebab baru balik indoor market beli ayam, ikan semua.. Hehe..πŸ˜‚

Makanan nampak sikit, tapi hari sufiah makan bertambah-tambah yang semua tu ye.. Huhuhu.. Itu yang namanya cheating day tu!! πŸ˜“

Exercise pulak, yillek lagi.. Sebab dah pergi city, shopping 4 jam!! HewhewπŸ™Š

Oh btw, pagi tadi timbang dah turun dua kg! Yeah!! 😊😊 Another _ _ kgs to go!! Keep going Sufiah.. 

Ps: esok tiada menu ye, sebab makanan akan diulang lagi mcm hari ni.. 

From Birm with love, 
Sufiah



Friday 4 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 4

Salam Jumaat! Jum'at kareem!! Dah baca Al Kahfi belum? Oh, sorry.. Dah malam dah..huhuhu..😩

Disaat awal post ni ditulis, tiba-tiba supervisor ku datang menjenguk.. Terkejut mak jemah!! Hahahahhaa.. 

Nevermind, yang penting keje siap.. Kan??hihihi

Berbalik pada tajuk asal, hari ni nak share menu atkin diet day 4 awal sikit.. Sebab dah bosan tengok microscope lama-lama, hampir termuntah, makanya Sufiah pun mengarut sekejap dalam blog.. KihkihπŸ˜‚

Day 4
-Menu breakfast +lunch


Omelette yang banyak inti! Lol😏

Omelette tu letak tomatoes, mushrooms, cheese and chicken salami. Pastu, sebagai penambah rasa, salt, black pepper and cayenne pepper ditabur sesuka hati.. 

Oh btw, chicken salami tu, sejenis makanan seperti sausage yang besar, pastu kita potong2 jadi slices macam pepperoni yang letak atas pizza tu.

Bendanya macam ni.. Tapi depend pada cara macam mana kita nak potong. Sebab sometimes, Sufiah potong dadu je nk masukkan dalam bihun goreng, even maggiπŸ˜‚

-Menu dinner


Chicken fried tomyam with vegetables.

Sebenarnya tu menu campak2, tumis bawang cili, masuk ayam, letak perencah sikit, then masukkan sayur-sayurannya.. Settle!!πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan disebabkan dah 2 hari tak exercise (secara serious), jadinya hari ni Sufiah pegilah sport centre, untuk body combat punya kelas. Tapi...class canceled pulakkk😭😭


Instead of exercise, kami berexercise depan munrow (sport centre).. Tapi exercise mulut je la.. Hahahahah

That's all for today. InsyaAllah I will come back tomorrow for the next atkin diet menu.. (Oh, mungkin pagi esok boleh timbang berat??😳)

From Birm, with love,
Sufiah


Protein diet aka Atkin diet Day 3

Dah masuk hari keempat (tapi post ni pasal hari ketiga laπŸ˜…), alhamdulillah semuanya smooth buat masa ni.

Penurunan berat badan setakat ni? Tak tau, sebab tak timbang hari-hari takut stress..lol πŸ™Š

Okay berbalik pada tujuan asal post ni. 
 
Day 3

-Menu breakfast + lunch
Grilled chicken and roasted vegetables.

Chicken tu, Sufiah marinated dengan peri-peri seasoning, sayur tu, letak garam, black pepper and cayenne pepper (tuk pedas, maklumlah org tak boleh tak makan pedas!πŸ˜‚)

-Menu dinner

Fried chicken and cheese spread.

Chicken tu marinated dengan peri-peri seasoning (as usualπŸ˜…), and cheese spread tu beli kat Aldi sajo! πŸ™ˆ Malam ketiga ni tak de sayur, sebab balik rumah lambat, tengah malam baru masak.huhuhu.. 

And exercise, seperti hari kedua, tak buat apa-apa sebab dah jalan pegi and balik sekolah. In fact hari ketiga ni, jalan balik lagi jauh, sebab menyinggah ke rumah orang. HahahahaπŸ˜…

Setakat tu je untuk hari ni. Esok akan disambung lagi, insyaAllah. 

Beautiful quote for today,
“Quitting is out of question, when it gets tough, gotta fight some more!”

From Birm with love, 
Sufiah




Thursday 3 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 2

Maaflah, seminggu dua ni akan rajin update blog and upload gambar makanan (for my atkins diet's challengeπŸ˜…). Lebih kepada simpanan dan rujukan sendiri sebenarnya, tapi dalam bentuk online dan ramai boleh baca. Boleh tak??hahahahaha😬

Buat masa ni, hari kedua turun 0.8kg. But I am pretty sure itu adalah berat air.hahahahah... Tapi takpe, never give up! 

Day 2
-Menu breakfast + lunch

Stew kimchi with chicken and mushroomπŸ˜…

Ini gara-gara tengok runningman (Sufiah memang mudah terliur tengok cerita yang ada makanan, mesti nak try masak and makanπŸ˜‚)

-Menu dinner

Sayur campur and ikan goreng. 

Sayur tu cilok akak housemate punya (sebab dia yang masak), and ikan seekor cilok dia punya gak, seekor lagi yang goreng sendiri(byk sungguh Sufiah bedal!!πŸ™Š)

Untung jugak housemate orang melayu ni, boleh makan makanan melayu and yang penting HALAL!!😏

Day 2, Sufiah tak exercise sebab letih sangat balik school dan penat and exhausted. So hanya bergantung pada exercise jalan kaki ke school 20 minutes pegi, 20 minutes balik.. Boleh la kan??πŸ™Š

Keje semakin banyak, dan badan semakin tua. Tak terlarat, and less motivated nak exercise everyday macam dolu-dolu. What I do just walking to school everyday (40 minutes gak pegi n balik), dan weekend akan exercise kat rumah sejam (cardio and toning). 

Tapi...ini hanya untuk minggu ni. Next couple of weeks, dah kena struggle pegi sport centre almost everyday sebab kena habiskan exercise coupon yang I beli last year!!😱 I got another 33 credits (=33 classes), and the due date is 27 oct! Can you imagine, tinggal beberapa minggu ke lagi kan??😱😱😱

Okay, enough dengan sibuk nak bercerita semua masalah kat dunia. Jom kita struggle! 

From Birm with love, 
Sufiah


Wednesday 2 September 2015

Protein diet aka Atkin diet Day 1

Lama sungguh tak bersiaran, banyak urusan yang lebih penting perlu difokus.

Memandangkan sekarang dah final year (in fact my last few months here), dan Sufiah pun makin ‘boommm!’ 😩, so I seriously need to do something..

Atas consultation someone, maka bermulalah perjalanan atkin diet ku (starting from 1 Sept).  oh actually someone tu yang nak buat atkin diet, Sufiah follow je nak bagi motivation katanya. Sebab last 2 weeks Sufiah dah diet (calorie counting), turunlah jugak 3 kgs!πŸ˜…

Kat sini, saja nak kongsi (plus untuk rujukan sendiri in future) menu diet and exercise routine yang dibuat. Tapi jangan tanya resultnya, sebab baru sehari je kan. Mungkin next week baru boleh tanya, ye?!πŸ˜—

Day 1
-Menu breakfast + lunch (Sufiah banyak keje so selalu skip lunch, tapi time breakfast memang makan banyak la)



Scramble eggs with mushrooms and tomatoes plus chicken frankfuters (sosej bahasa melayunya). 

Sudah menjadi lumrah, kalau time weekdays ni keje memasak memang yang campak-campak je. Maksudnya yang easy peasy punyalah pendek kata. Senang, cepat, kenyang dan paling penting, sedap!!😜

-Menu dinner


Roasted chicken in peri-peri seasoning plus lettuce. 

Disebabkan Sufiah memang hantu sayur, makanya makanan Sufiah perlu ada sayur. Nasi tak sepenting sayur, okay!  Ada or takde nasi, doesn't matter..hihihi😝

Untuk melengkapkan lagi program diet diri sendiri ni, exercise pun kena buat jugak. Hari 1st kita buat zumba. 

Hari ni, 2nd day. To be continue in the next post✌️

From Birm with love,
Sufiah

Monday 27 July 2015

Life must go on

Love taking picture, but I just don't have enough time to focus on these ‘arts’.. And the easiest way is just to share it on instagram and rarely on facebook.. 

Since I am having problem with my own self (I should say), both social media had been deactivated, forrrr, I don't know how long... (Until finish my study, perhaps??)

Here are some of my collection (forgive me for few pictures that have me on itπŸ™ˆ),

Suspension bridge in Bristol



Durdle door (both pictures)

Smeaton's Tower, Plymouth 

Lulworth cove

Somewhere in Redditch, rape seed oil's field

Becky's fall, Dartmoor National Park, Devon


Seven sisters, Sussex (both pictures)


Cotswold lavender field

Bibury village, Cotswold

This year is a very critical year. The last four seasons that I should embrace! The last memory being a student in higher education life (hope so, too tired with almost 10 years of studyπŸ˜“), I mean, in university. And the last couple years before entering 3series. πŸ˜….. 

But nevermind, life must go on, kan? And somehow, what we planned is not what we really achieve, kan? So, semua hanya perancangan, Dia Yang Maha Menentukan.. Wallahua'lam

From Birm with love,
Sufiah



Friday 17 April 2015

Iron Bridge, Telford

Yes, I lovee taking pictures!!! ❤️❤️


For me, every single pictures have their own sentimental value.. 

Especially when you are not in your home country... 

PhD journey is not really easy, sometimes I easily get bored with what I am doing, but yet I shouldn't give up! Thus, I always do whatever I think will make me happy; travelling, photography❤️

And here, brought to you, my weekend gateaway last week!! Iron Bridge, Telford. 


The view of iron bridge 


Iron Bridge view along the Severn River


Severn River view from Iron Bridge


The view from our car park (no filtering, no editing)😏

I don't know the true history behind this Iron Bridge, but I do know that it used to be (?or still) a mining area. 

After taking our last exciting breath there, we when to Telford Park for picnic and excercising😏😏
(Please forget about the pictures in Telford park, because it was full with our own photo +selfie, welfie picturesπŸ˜‚) 



Only a half day escape, but I really enjoyed it,. Alhamdulillah.. Thank you Allah for everything... 

From Birm, with love, 
Sufiah