About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Wednesday 24 April 2013

Pengakuan berani mati: Menunggu jodoh dari Ilahi

Ye, sekarang saya sedang membukakan hati saya, saya sedang mencari jodoh saya..

Selama ini, terus terang saya katakan, saya tak sepenuhnya membuka hati. Boleh dikatakan, saya tidak bersedia.

Kenapa?? Dan bagaimana saya tahu??hahaha...senang je, sebab selama ini, kalau saya sukakan seseorang, saya tak suka kalau dia sukakan saya semula..tak faham?? Takpe, sila abaikan...

STATUS: Sedang menunggu jodoh dari Allah, dengan senang hati dan berlapang dada..

Tapi mungkin cara saya kena ubah, saya nak dekatkan diri pada pemilik cinta abadi saya, sebelum saya benar-benar bersedia memiliki cinta pencintaNya.

Ya Allah, semoga Kau hadiahkan aku kekuatan untuk menjaga cintaku kepada Mu..

Maaf sekali lagi, kepada sesiapa yang pernah menawarkan cinta sementara, "I will say, NO".. hati ini tidak pernah terbuka untuk cinta sementara/cinta tak halal itu!!

And thanks to HIM, yang membuatkan saya sedar, akan hakikat cinta sementara ini.. Alhamdulillah!! Terima kasih Allah kerana dipertemukan dengan dia...

Dia yang menyedarkan, betapa penat dan sakitnya mengejar cinta dunia..

We never know, mungkin kami berjodoh, atau mungkin saja kami memang tidak berjodoh.. Allah hanya datangkan awak sebagai dugaan, untuk menguji hati saya, barangkali...Alhamdulillah dengan ujian!

Mungkin ada orang akan cakap, 'cepat sungguh awak berputus asa, Op'...Maaf, mengundur diri, bukan bermaksud berputus asa. Saya hanya mentarbiyah hati, agar kembali kepada cinta Ilahi... dan dia datang, mungkin sebagai ujian hati kepada saya.. Terima kasih Allah!! Terima kasih awak!!

Saya yakin dan percaya sekarang, hati saya KUAT! Alhamdulillah!!

Oh, sebenarnya saya kini lebih terbuka tentang jodoh ni, sebab saya semakin membuka hati dan berlapang dada! Teringat ceramah pasal jodoh yang saya dengar dulu, mungkin jodoh kita tak datang lagi kerana Ibubapa dan keluarga kita belum betul-betul bersedia lepaskan kita?? MUNGKIN!!!

Siapa sangka, saya dah mula bercerita dengan ibu tentang jodoh? Dan saya dah minta ibu doakan saya, sama macam sebelum saya dapat further PhD. Sesungguhnya, bila ibubapa kita restu, segala yang kita rasa susah, akan menjadi mudah.. InsyaAllah...

Ye, saya sedang menunggu jodoh dari Allah.. Bukan bermaksud melupakan dia, tapi saya sentiasa mendoakan dia dari jauh. Kalau dia memang jodoh saya, dia akan kembali kepada saya. Tapi kalau bukan, pun alhamdulillah!! Perancangan Allah, semestinya indah!!!

Orang kata, jodoh perlu dicari dan diusahakan, Yes!! Saya dah berusaha, dulu. Berusaha yang saya rasa mungkin dalam keadaan yang tak sepatutnya?? Sekarang usaha saya dengan berdoa, dan berlapang dada! Bukankah doa itu senjata orang Islam??

Kepada awak, semoga awak sihat-sihat disana. Dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak! Kalau saya yang terbaik, suatu hari nanti, kita akan berjodoh, kalau saya bukan yang terbaik, awak akan jumpa yang lebih baik daripada saya..InsyaAllah!!

Dan kepada diri sendiri, mari kita bermuhasabah diri, bak kata-kata diri sendiri di FB:

~Pernah dengarkan, orang kata, jodoh pertemuan, dan ajal maut itu semua ditangan Allah?? Rahsia Allah lah pendek kata.. Tapi berapa ramai daripada kita yang risau tentang jodoh, instead of AJAL?? Bila malaikat Izrail datang, kita CONFIRMED tak boleh nak elak, tapi kalau cinta datang, kita masih boleh tarik-tali lagi... Peringatan untuk diri, sentiasalah bermuhasabah diri..~

Kalaupun tak dapat cinta didunia ini, mungkin cinta Allah sudah cukup membuatkan kita bahagia?? Janji Allah itu pasti, YAKIN dan PERCAYA dengan janji-janjiNya!!! Status FB lagi (obsess dengan diri sendiri rupanya saya ni, huaahahhaha):

~Ya Allah, jika rindu itu menyapa, maka penuhkanlah hatiku dengan rindu kepadaMu..Kerana sesungguhnya aku ingin kembali kepadaMu...

"Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang BUKAN HAK kita... Segala-gala yang kita ada di dunia ini, hanyalah pinjaman semata... 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun'... Dari Allah kita datang dan kepada Allah, kita kembali..."~


Ayat dari Ustazah Fatimah Syarha yang saya suka, Allah bagi kita cinta low class, yang akhirnya akan menghampakan. Untuk mendapat CINTA HIGH CLASS suatu hari nanti yang akan membahagiakan.. InsyaAllah :)

From Birm, with Love,
Sufiah

Thursday 18 April 2013

Makan-makanan

Semakin usia melanjut ni, semakin suka pulak nak masak-memasak.. Ditambah pulak diri yang jauh diperantauan kan, walaupun hakikatnya, kat UK ni, makanan halal memang sangat bersepah...sangat mudah okay nak dapat (tu yg diri semakin berat = fastfood + masakan sendiri)..aiyakkk!!!!

Tapi disebabkan diri ni, tak berapa nak rajin nak upload-mengupload, edit-mengedit gambar, so, gambar-gambar makanan memang sangat sedikitlah in my own collection..hahaha

Takpe, jom kita nikmati, barang 2,3 makanan yang menggemukkan saya disini ye!!


Cheesecake!! Yes, I am cheese addicted!! Memang dari Malaysia okay suka makan cheese ni, tapi disebabkan cheese kat Malaysia mahal, so kuranglah sikit nafsi nak membelinya...
TAPI bila kat sini, cheese murah okay!!! sangat-sangat YUMMEH!!!!
Okay, lepas ni kena kembali kuatkan semangat!! DIET SEMULA!!!!!



Garlic bread and oreocheesecake (persembahan tak berapa nak menarik..hihihi)... Oreo cheesecake tu tanpa bake, so, tak boleh nak kluakan dalam loyang, just makan dari situ saja!! (Tengok, cheese lagi!! aishhhkkkk)

Tengok makanan, memang sedap...dan sedaplah jugak berat ni naik kan??Merepek merapu makanan ku disini ye!! Okay!! DISIPLIN kena KUAT!!  DIET!!!!

Lepas ni, kena indulge diri dengan memasak or bake (sebab nak hilangkan stress), tapi diri sendiri tak boleh makan ye masakan tu!! DIET!!!!

From Birm, with Love,
Sufiah

Wednesday 17 April 2013

Dimana ada UJIAN, disitu ada KEKUATAN

"Betapa sayangnya Allah pada saya, setiap kali diduga, Dia akan sertakan kekuatan kepada diri ini.. Sila jangan jealous ye semua!!!"

Alhamdulillah, ujian datang lagi...

Ye, mulai saat dan ketika ini, saya akan berfikir secara positif..

Kerana sesungguhnya, apabila diri diuji, saya akan menjadi lebih kuat...

Yes, LEBIH KUAT!!!

Lihat, betapa sayangnya Allah pada saya!!  Sila jangan jealous lagi ye :p

Bila diuji dengan dugaan, saya segera menyemak semula amalan-amalan saya, adakah cukup dan berbaloi dengan apa yang Allah bagi selama ini??

Tengok, Allah sayang saya lagi, bila saya semakin jauh, Allah uji saya, supaya saya tak jauh ditelan arus dunia... Supaya saya tidak lalai dan leka, agar saya tidak jauh dari mengingati kekasih abadiku ini....ALHAMDULILLAH!!!! Oh, please, don't be jealous of me, okay!!! :)

Maka, sesungguhnya rugilah diri ini, kalau masih lagi tidak merasaikan kasih-sayang Allah itu!!!!

Allah!! Allah!! Allah!! Betapa aku cintakanMu, tapi apa ye, yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kecintaanku kepadaMu...

Allah, diri sungguh malu... Mulut dan hati berkata dan bersaksi mencintaiMu, tetapi amalan ku, sangat jauh untuk menunjukkan kecintaanku itu....

Allah, beri aku kekuataan untuk mencintaiMu melebihi makhluk-makhluk ciptaan Mu....

Dan, aku percaya, UJIAN yang ENGKAU hadiahkan hanyalah secebis dugaan dan cabaran supaya aku menambah KEKUATAN untuk mencintaiMu, ya rabb.....

"Kerana Sesungguhnya, dimana ada UJIAN, disitulah terselitnya KEKUATAN....."

From Birm, with Love,
Sufiah


Tuesday 16 April 2013

Sentiasa bersangka baik pada Allah

Alhamdulillah, ujian hati ini memang sangat dahsyat ye...

Allah menduga dengan didatangkan berbagai ujian hati, ujian perasaan. Dan saya sangat yakin dan percaya bahawa ini hanyalah secebis dugaan agar saya lebih tabah menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini...

Saya tahu, SAYA KUAT dan SAYA TABAH!! ALLAH kan ADA!! Dikiri dan kanan saya juga sentiasa ditemani Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amalan-amalan saya..

Yupp, no one else can change my life, only me can make any changes!!

3, 4 hari ni, diri rasa sangat demotivated...Hati tak tenteram, jiwa gusar.. Research pun tak berjalan lancar... Astaghfirullah al azim...

Saya perlu bangkit, bangkit semula daripada kejatuhan ini..



Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku, agar aku dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Mu ini...amin....

Oh, last week saya ada senaraikan ciri-ciri suami idaman, dan dibelakangnya pula, ciri-ciri diri sendiri.. Agar diri dapat membandingkan, adakah saya ini cukup segala kriteria untuk mendapat sesuatu yang saya idamkan (ye la, kita akan dapat apa yang refleks diri kita, kalau kita baik, dapatlah jodoh yang baik, dan sebaliknya)..

Kemudian, saya mula terfikir, saya seorang 'diary oriented person' or 'dream/aim oriented type'..Ye, baru saya sedar sekarang!! Saya perlukan impian dan azam untuk mengejar cita-cita saya. Dan saya memerlukan rangka perjalanan hidup, supaya saya tak terpesong atau terjatuh daripada jambatan yang saya cipta.

Tahun 2013, saya bagaikan seorang yang lain. Seorang yang hanyut dengan angan-angan tanpa usaha. Oh, ye, baru saya perasan, saya tiada azam tahun ini.. Oh dear..no wonder I'm always acting like this...Saya berjalan tanpa wawasan selama beberapa bulan ini...=.='

Alhamdulillah, kesemua ada azam 2012 saya tercapai tanpa cacat celanya.. Alhamdulillah sekali lagi!! Sekarang masa untuk merangka azam 2013. Stop blaming yourself!! Dan sentiasa bersangka baik pada Allah! Alangkah ruginya diri ini, kerana sentiasa menyalahkan diri sendiri untuk beberapa bulan ini, dan sentiasa bersyak wasangka pada Allah!!

Allah!! Ampuni aku, insan yang kerdil lagi hina ini..


Bila terjumpa timeline photo ni kat facebook, barulah sedar.. Saya hidup dibayangi nafsu.. Allahu Akbar!!! Maka saya adalah golongan lemah itu!! Astaghfirullah!!!

BAIK, mulai SAAT dan KETIKA ini, saya perlu bangkit!! Saya perlu menjadi orang yang PINTAR!! Bukan lagi golongan lemah yang hanya menggantungkan harapan-harapan kepada Allah tanpa berusaha! Ye, saya perlu merancang masa depan saya, saya perlu merancang perjalanan hidup 2013 saya ini!! Dengan adanya azam, saya lebih istiqamah!! Yeah, I know myself better! Saya akan berusaha mendapatkan apa yang saya nak, kemudian berserah dan redha dengan ketentuanNya. Atleast, jika tak dapat, saya masih berpuas hati kerana sudah berusaha!!

"Sesungguhnya, saya bijak merancang perjalanan hidup saya, tapi Allah lah sebaik-sebaik PERANCANG!!"

"I will face, whatever I fear"


From Birm, with Love,
Sufiah

Thursday 11 April 2013

Don’t lose hope, keep dreaming


Until now, from the first day I was arrived in Birmingham, I gained a lot of weigh!! Oh, my goshhh!!

From 60++kg to 70++kg!! Almost 10kgs okay!!! Ya AMPUNNNN!!!!
I should do something, need to get rid of all these ‘lemaks-lemaks’ tepu, if not, I will be the “Fatty Op” back!!! OMG!! OMG!! OMG!!!

Now, will start the diet back, or should I call it as ‘crush diet??’ Whatever it sound, as long as I achieve back my weight before fly here, it would be better.

So, the new aim, get back my weight 60+kg before the end of April.. Possible kan??hihiihi…

Okay, jom kita motivate diri sendiri, sambil merenung gambar-gambar tahun lepas, yang agak 'selim' tu...kehkeh...(ye la, nak tunggu orang bagi peransang, sampai kesudahlah tunggunya...)




 2 pictures ni, masa berat 60++kg..time raya...ok, ni gambar ngn budak, x clear ye?? Okay, tgk gambar next pulak...


Ni pun time berat 60++kg..hehe..opss, jauh pulak ye??xpe2, kita tengok dekat sikit ye...


ni dekat sikit la kot...tp ni rasanya masa 70lbh lagi...oh, lupa, bila berat 60++ jarang nak tangkap gambar sorang (sebenarnya, xpegi mana2, tu yg kurang nak bergambo tu.. @.@)

Okay, jom tengok gambar time baru-baru sampai!!



Now, gambar setelah beberapa bulan menternak lemak disini ye.. 

Bulat sungguh diri ini..ye, orang lain tak nampak perbezaan sebenarnya kan??tp still, diri n weighting scale nampak!!!!huh!!!


Jadinya, ayuh diri!!Jangan malas2!!!

Kata-kata semangat buat diri sendiri, (KOPI dan PASTA dari FB sendiri sajekk!!),

~It's true that OBSESSIONS make me STRESS, but somehow it's acting like my ENERGY BOOSTERS!! So, dear me, please keep obsessed with my own self... I really need to achieve 3 GOALS by the end of this month!! Chaiyok2!!~ (Sulaiman. N, 2013)

and another status update,

~Somehow, bila baca blog sendiri (opsss, OP ada blog ke??hahaha), post yg lama-lama tu, boleh MENAIKKAN SEMANGAT!!! "berAZAM dan perlu ISTIQAMAH"~

Lepas ni, kalau patah semangat, bukak blog sendiri dan kena selalulah baca my older posts dulu.. (kata obsess ngan diri sendiri kan??tralalalala~~)

From Birm, with Love,
Sufiah

Dorset fieldtrip

As promised, DORSET!!

The views there (since we went to several localities) were so FANTASTIC, BOMBASTIC, MARVELLOUS!!! (cehhh, ayat nak the zzooommm sangat la...huhuhu0

I wished to go there again during this SUMMER..perhaps, it'll be better weather then...InsyaAllah...

Have a nice VIEW!!!




























From Birm, with Love,
Sufiah


Wednesday 3 April 2013

Jodoh perlu dicari atau datang sendiri??

Sementara ada mood nak membebel...hehehe...


~Seperti biasa, diri ini, selagi tak kahwin, selagi itulah soal jodoh tak pernah hilang..~

Bila berborak-borak dengan adik-adik housemate, diri mula berfikir, betul ke tindakan saya selama ini? Mungkin saya sudah melepaskan seseorang tanpa disedari?? Seorang kawan yang selama ini sentiasa berada disisi??

Ye, mari saya perkenalkan dia. Dia seorang kawan, agak rapat, tapi saya tak pernah nak iktiraf persahabatan kami ini lebih daripada sahabat. 4 tahun kami berkawan, agak lamakan?? Sampailah satu tahap dimana dia mula meluahkan perasaan. Oh, saya sungguh tak boleh terima hakikat itu, kerana pada saya, once we are friend, we'll always be friend forever... Tak boleh lebih dan tak boleh kurang...Dan saya sentiasa yakin dengan prinsip jodoh, kalau dia memang betul-betul jodoh saya, dia akan datang kembali kepada saya.

Kemudian, adik-adik mula berkata, jodoh perlu diusahakan. Kalau kita yakin dan hanya tunggu, mungkin kita telah melepaskan jodoh kita? Oh, saya keliru?? Ada orang kata, biar je, ada jodoh, tak kemana, jodoh, rezeki, ajal, maut semua Allah dah tentukan sejak kita dalam rahim ibu lagi .. Tapi orang lain pulak kata, eh, tak boleh! Jodoh perlu dicari, perlu berusaha, bukankah Allah telah berfirman, "

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka" (13:11). 

Maka diri semakin keliru..hukhukhuk.. T.T

Yup, betul. Jodoh telah ditetapkan, tetapi kita juga boleh berusaha untuk mengubah takdir (kalau Allah izinkan). Sebagai contoh, jika ditakdirkan kita dilahirkan dalam keluarga yang sangat miskin, kalau kita tidak berusaha untuk membasmi kemiskinan, dan hanya redha dengan takdir Allah itu, sampai bila-bila pun kita akan duduk dikancah kemiskinan. Kesimpulan yang saya boleh buat daripada persahabatan-persahabatan saya yang lalu (termasuk dia), adalah, ye, saya berusaha, bagi mereka peluang. Tapi peluang yang diberi biasanya disia-siakan. Jadi, lebih baik let them go, find another guy!!hahahaa


Tapi yela, diri ini memang sentiasa konfius, orang ni, nasihat ini, orang tu nasihat itu...Aiyakkk!! Sampailah saya terdengar nasihat Prof Dr Muhaya, tentang jodoh. Kita perlu usaha menjadi magnet yang menarik dalam misi mencari jodoh. Macam mana menjadi magnet itu? Oh, bukan dengan berpakaian seksi, bukan dengan aksi menggoda, atau bukan dengan bergaul mesra. Kita perlu menjadi magnet dengan merubah diri kita, kepada yang lebih baik. Baiki hubungan dengan Allah, sesama manusia. Buat baik sesama makhluk, lupakan lelaki-lelaki, InsyaAllah, jodoh akan dipermudahkan. Bukankah Allah telah berfirman,

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (24:26)

Jadinya kita perlu berubah menjadi lebih baik, supaya menjadi magnet yang mudah menarik. Maka wahai hati, bersabarlah. Tolonglah lepaskan HE tu pergi.... Yang penting, jaga hati. Bukankah lebih elok menyimpan cinta pada Allah, cinta yang takkan dikecewakan, cinta yang kekal abadi.

Baiklah Op, marilah didik hati supaya cintakan Allah!! Perlu tarbiyah, dan yang paling penting perlu istiqamah. Biarlah tidak dapat cinta manusia, kerana cinta Allah yang paling utama. Bukankah ada wali Allah juga tidak bertemu jodoh didunia (contohnya Rabiatul Adawiyah)??Kerana cintanya kepada Allah melebihi segala-galanya.. Allahu rabbi!! Bila agaknya diri akan sampai ke tahap itu ye??

Lepaskanlah dia pergi...bukakan hati mencari cinta Illahi....Wallahualam....





From Birm, with Love
Sufiah