About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Thursday 29 December 2011

Berjimba di Muar

Disebabkan iza dah bertemu kebahagiaan dia sendiri (kahwin I mean), so kami pun mula mencari kebahagian kami sendiri...haha

So, after kenduri kahwin iza, kami berpakat untuk berjimba di Muar..dimulai dengan aktiviti hibernasi di sebelah petangnya (semua kepenatan, macam majlis kami pulak), dan aktiviti berembun di malam hari (lama dah tinggalkan aktiviti ni, sejak diri semakin berusia..kwang2...)

Tak tahu sebenarnya nak bawak diorang berembun kat mana area Muar ni, sebab I bukanlah 'perayau tegar' (tak de geng la pendek kata)..apa yang terlintas di fikiran, nak bawak diorang pegi Tanjung Emas...atleast, kalau tak de aktiviti menarik kat situ pun, still boleh lepak2 sambil gossiping..


Sampai kat tanjung, tak sangka pulak sangat meriah..ramai rupanya anak2 muda yang dok berjimba kat sini...dataran tanjung ni pun berwarna-warni dengan lampu2 bak ICT..hahaha

Shak and Dayah berposing sakan kat dataran tanjung ni...

Bila dah ramai2 orang ni, dan meriah semacam, takkan lah nak jalan2 tangan kosong je kan, so kami pun memulakan aktiviti main layang-layang...angin sangat kuat, and the kite was easily flies...

shak, dila dengan dayah berusaha meredah angin..demi layang2 yang come lote tu..

Depan kaunter jualan gerai mainan yang jual banyak spesies permainan termasuklah layang-layang yang come lote tu...hehehe

Berposing sakan sebelum memulakan aktiviti kat tanjung...

Disebabkan teringin sangat nak main layang-layang kan, so I melayangkan diri dulu sebelum pengembaraan bermula...

Bila dah penat and mula rasa sejuk, (sebab tepi muara kan) baru lah kami sedar jam dah nak masuk pukul 2 pagi..So, kami pun lepak dan bergossiping dulu, then terus balik dan BAMM!!, bermanja-manja di atas katil empuk rumah I (perasan je)...

Selamat Pengantin Baru


Akhirnya, salah seorang daripada 'geng single' telah meninggalkan kami...huhuhu...

Sedih untuk geng2 single-mingle ni, tapi gembira untuk dia...alhamdulillah, bertemu jugak dia dengan jodohnya...

Jom kita tengok gambar madam Fariza tu...



Berposing dulu sebelum majlis akad nikah berlangsung

Alhamdulillah, selamat menjadi isteri orang...semoga perkahwinan kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih Illahi..amin....

Bukan pengantin je berposing sakan, kami pun join skali....

Seronok je pasangan pengantin baru ni..hihihi

Termenung panjang menghitung masa...kwang2.....

Dan tinggallah kami bertiga untuk meneruskan perjalanan geng2 single...tapi to be accurate, tinggal I ngan dila je la...madi insyaAllah bulan 3 tahun depan....

dila, madi and I

Sepanjang kenduri tu, makcik2 ni mula la bertanya2 bila giliran kami pulak...hahaha...lawak jugak, sebab calon pun tak de....tapi layan je la....ada jodoh, ada...Biar lambat asalkan bahagia...betul tak??

Tuesday 27 December 2011

Diri yang selalu meminta-minta

Sudah menjadi kebiasaan, bila kita nakkan something, kita akan meminta-minta kalau tak dapat kan?Kadang-kadang malu juga bila asyik meminta-minta sesama manusia ni...dan sebagai ganti, kita mungkin akan beri something or doing something untuk orang tu...betulkan??

Tapi, diri yang selalu meminta-minta ni, sering sahaja lupa...sering lupa yang diri selalu meminta-meminta pada Yang Maha Pencipta...tapi, apa balasan yang aku bagi kepada Kekasih Abadi ku??nothing,...ya Allah!!!betapa diri berasa sungguh kerdil...

nak exam, aku minta...nak masuk matrik/kerja pun, still meminta...even nak jumpa jodoh pun, selalu sangat meminta....tapi, apa yang aku bagi pada Allah...setakat solat 5 waktu je, puasa bulan ramadhan, baca quran...benda2 asas ni, semua orang boleh buat, dan kebanyakan orang buat....

Ya Allah!!malunya aku...diri yang selalu meminta-minta ni sangat malu kepadaMu...ya Allah..sungguh...diri ni, tak layak ke syurga Mu...tapi still lagi meminta-minta....ya Allah!!malunya...malu sungguh bila mengenang diri yang semakin hanyut...

bila Kau tak menduga, diri ini selalu lupa..tapi bila dugaan datang baru lah terkedek-kedek nak meminta...ya Allah!!!sungguh..sungguh malu meminta...tapi hanya padaMu sahaja yang selayaknya untuk aku meminta-minta....

dan sekarang...still lagi meminta....ya Allah, beri aku kekuatan ya Allah....beri aku kesabaran....beri aku ketabahan untuk menjadi insan yang meminta-minta,yang setiap detik dan saat hanya mengingatiMu...yang sentiasa berusaha untuk mengejar syurgaMU....amin.....

My Priorities

As a reminder to my self, every time I want to do something, I need to prioritize my priority....

Priority to:
1. My own self
2. Family
3. My career and study
4. Friends
5. Others

Thursday 22 December 2011

My future...what will it be??

I always wondering, what my future would be??

The only thing that I'm very sure is I'll further my study...but until now, I'm still struggling hard for the proposal, supervisor, even the university....can I just find someone to read my palm as I'm very scared to choose my own path??huhu...


And somehow, I'm wondering, how the PHD can exist??Is it come from our Great Great Great Grandfather who left their things in the cave and we as the recent generation try to prove the existence of them??

Some of my friends said that I should get marry before doing my PHD...but what's the different between both situation??(picture below)...nothing much different I think...

And I also don't want my PHD life end up like this one...


The truth thing about PHD, we need to struggle hard 24/7 (if you want to finish within 3 years) until we get bored and allergy with all these stuffs!!!



And to be safe, every month or week you need to present your work's progress even though it will end up like this...


So scare huh??Nevermind, I'll try my best for my PHD....insyaAllah....

Friends, please pray for my success ya....

My 2nd convocation!!(*__*)Y

Alhamdulillah, I'm done with my master degree!!!!(^___^)


Graduation day: 4th October 2011
Venue: University of Malaya, Malaysia
Degree: Degree of Master of Science (Petroleum Geology)

In front of DTC (Dewan Tunku Canselor), for the first time and perhaps the last time I'll be there..heee


With my mummy, my "PERFECT FAN".....the one who will always be by my side...love u, ibu!!!


With my supportive friend and her sister...hiii





All my classmates, but only 8 of us..since the nigerian guy was not coming and one other was postponing his study...


It's about a year we were struggling with this hectic master degree..and Thanks to Allah for Blessing us and gave us the opportunity to graduate in this year (within the estimated duration la..huhuhu)..and again, alhamdulillah....

Saturday 3 December 2011

2 tahun mencari cinta II

(semoga persahabatan kita kekal sehingga ke anak cucu..amin)

pejam celik, tahun 2011 hampir berakhir...dan ini bermakna, perjanjian kami dalam http://chaidan-op.blogspot.com/2011/06/2-tahun-mencari-cinta.html tu dah hampir tamat ke penghujungnya....huhuhu

ok la, iza mungkin sudah bertemu dengan cinta sejatinya (hopefully, insyaAllah), aku dan dila??still single, and available...hehehe

akhir tahun ni, geng2 single kami akan berpecah, memandangkan iza dah hampir melangsungkan perkahwinannya... dan madi, insyaAllah tahun depan...

"anda pula, bagaimana??"..soalan2 yang biasa orang tanya..."leks la, saya kan muda lagi"..ataupun "hai, kalau tanya2 tu, tolong la carikan"..ayat selamat..hahahaha...

ye, betul...people will keep asking the same question..kalau tak kahwin lagi, orang tanya bila nak kahwin, kalau dah kahwin, bila nak dapat anak..n kalau dah dapat anak, bila pulak nak tambah lagi...aduii..tolongla....semua ni rezeki....Allah yang beri kita rezeki tu semua...

saya berpegang teguh pada prinsip, kalau dah jodoh, takkan ke mana...kalau dah tak berjodoh, berselisih bahu 3,4 kali pun takkan berjumpa...senangkan prinsipnya...apa yang penting adalah keyakinan kepada Allah yang Maha Pencipta...setiap orang dijadikan berpasang-pasangan....

sedih?memang sedih....bukan sebab belum dipertemukan dengan jodoh, tapi sedih because our close friend will start to tinggalkan kami...huhuhu....susahlah nak hangout lagi nanti..terpaksa mengusung husband masing2...kwang2...

takpelah, I'm ready to leave you to your husband...pergilah mencari kebahgiaan awak...semoga kebahagiaan itu akan kekal selama-lamanya hingga ke syurga....amin....

'Selamat Pengantin Baru sahabat ku..."

hello little diary...

I missed you sooo dammnnn much!!

but i don't have enough time la to 'merapu n merepek' here...huhuhu

dear little diary, my life is going fine right now..

fine which mean, no hectic time like previous day (master day)...

and I'm still trying to adapt with my busy life..

even though, need to stay back until 12.00 am (definitely like master day!!huh!!again!!!), but I'm pretending that, this is not as hectic as 'that day'

and I'm still..... searching and looking.....

Friday 9 September 2011

dimana adik ku??

saya mencari2..ke mana lah adikku pergi..adek, please come back to me...

saya nak berborak2, dh lame xlayan perangai gile2 die...

woi, adek!!!contact la aku balik wei!!!!


p/s: kepada adik yang mungkin terbaca blog ni, contact lerr sy ye...peanut_zufiaz@yahoo.com/zufiaz87@gmail.com..rindu sama kamu...


Wednesday 24 August 2011

lecturer vs cikgu

firstly, i would like to apologize kpd sesape yang tersinggah blog ni, dan dia bernama guru...bukan niat nak comparekan scope keje kite, tp tiba2 terasa terpanggil tuk compare kan keje as lecturer and teacher sebab ada sesetengah cikgu yang suka nak comparekan keje ngan kami ni..huhuhu

ok mari kita lihat balik:

KES 1:

cikgu: best la korang lecturer setahun dapat cuti rehat 25 hari..kami ni, tak de cuti rehat pun...kalau nak cuti, kena mintak cuti ihsan..huhu...

sy: alhamdulillah kami ada cuti, 25 hari je setahun...25 hari je ok...

cikgu: ye la, ok la tu...daripada kami yang tak de cuti langsung...dahla weekend pun kena keje...

sy: mmm...bila cuti sek, korang cuti gak kan?ade gak cuti tu,..ok la tu...

cikgu: alah, korg time student cuti sem, korang cuti gak kan?lebih kurang la tu...

sy: OMG!!!korang xtau ke, adui...lecturer ni, time student ade, kita keje, time dorang xde pun kita keje...kami ni consider cam office gak la..keje time office...so, cuti kami hanya 25 hari tu je la...

cikgu: oooo..yeke??heee...tp still...weekend korg xyah keje, kami ni ada Ko-ko la, tu la, ni la....

sy: one more thing i nk highlight kat sini...kami ni, weekend2 pun keje gak ok..nak2 u baru mcm saya ni...lagi la byk benda nk kejar, terpakse keje time weekend gak...

cikgu: (*Terdiam...mungkin berfikir)


KES 2:

cikgu: penat nye mengajar...dah la P&P semua kena guna duit sendiri..pastu, beli hadiah student lagi...sume duit sendiri...

sy: biasa la tu, semua keje ada susah, ada senangnya...

cikgu: alah, kamu tu lecturer, gaji banyak dah..xyah nak belikan hadiah student, stationary sume office provide...

sy: gaji kita sama je kot...tapi normal la, kami kan ada master, so gaji lebih la sikit...

cikgu: kalau cikgu ada master, gaji sama mcm lepas degree gak..huhu

sy: ye la, sebab awak apply tuk jd cikgu, KPLI or DPLI..tu kan tuk orang yang abes degree..so rate dia cam degree la...

cikgu: tapi still, klu apply after master pun, tunggu bertahun2 kot nak naik pangkat semua...korang x, terus je gaji naik..

sy: ye la, dh nama pun lecturer kot..lgpn mana ada lagi org y after degree jd tutor ni..sy je slh sorg y terlepas (alhamdulillah), mcm one of the chosen la...heee

cikgu:: tu la...u all, study kena support lagi...pastu dpt naik gaji...

sy: ya Allah, ni semua rezeki la...tp awak rasa study ni senang ke??

cikgu: ok la, sy lagi rela study drp keje kot..keje penat...huhuhu

sy: ok, klu saya kn, time degree, mmg sgt seronok..tp klu awak amik master or PHD, mmg akan rasa huru hara la hidup awak...sentiasa berendam ngn airmata...nak2 kalau sorg2, lagi la...byk cabarannya...

cikgu: ye ke?xcaya la...sy tgk, kwn2 sy y smbg master, PHD sume gembira je...

sy: org y matang xkan tunjukkan perasaan sengsara dia secara terang-terangan ok...kami ni, klu awak nampak gembira, mungkin time tu je gembira...abes time tu, masuk mood sengsara balik...

cikgu: alah, mungkin time management awak tu y bermasalah...

sy: (*hai, cube kau amik master, PHD, pastu cite kat aku ape perasaan ko)..mungkin...tp klu kebanyak student postgrad rasa cmni, time management ke tu...awak tau x, klu jd postgrad, nk wat asgnmt pn kena cri the latest journal, bkn bley simply refer pd buku..lain..sgt lain..time undergrad n postgrad...sgt jauh bezanya...

mmm...n kenapa awak merungut ngn keje?kami pun penat gak...ajar student gak...

cikgu: alah, korang ajar je pape2 y korg rase nk ajar..student paham ke x, lain cite...kn??(sme macam lecturer2 dulu)

sy: excuse me, awak tau x, zmn dh berubah, manusia pun berubah...awak tau x, student u skrg ni, dh kena guide, wat pape2 sume kena ade guide...even kita x ajar, swoh dorg wat activity pn kita still kena ada..ok...

cikgu: alah, tp still, xde la susah cm nk ajar budak2 kecik yang kdg2 nakal, kdg2 langsung xtau pape..susah!!!huh!!

sy: atleast korg dh de syllabus semua..boley refer pada buku text, ok la tu..

cikgu: hai, korg x kn xde kot??

sy: mestila ada,...tp kami sendri la y wat, reka, pening berfikir...cari buku tu, bukak buku ni...every sem kena wat lecture note...penat gak tu..bkn bley simply copy n paste je...dorg teenager-adult kot, so kena la sesuai ngn pemikiran dorg...

cikgu: alah, dh name pun lecturer, kena la keje lebih skt kot....

sy: see...awak pun tau, kami keje gak...sama mcm korg...so, kenapa mesti nk compare2 lagi??

cikgu: (*terdiammmm)

sy: lagi satu, kami ni, klu dh nama lecturer, pembelajaran bukan berhenti setakat PHD, after that, still kena wat research tu, ni,...bukak buku tu, ni...cri journal tu, ni...huhuhu..penat gak la, n banyak kena lakukan pengorbanan...other than that, still gak kena consider human welfare, kena sumbangkan sesuatu tuk masyarakat..bukan setakat mengajar..byk lagi scope2 lain ok, y org lain lepas pandang....



so, kesimpulan...sy rasa semua keje, ada susah, ada senangnya...kalau nak senang je, dok umah je la..tu pun, xberasapla dapur kita gamaknya....heeehehhe....tp walau bagaimanapun, cikgu ke lecturer ke, masing-masing menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa kita...btl kn??weee!!!(^___^)Y


p/s: dikesempatan ni, sy nk ucapkan terima kasih kepada semua guru-guru sy kt Tadika Kemas Parit Keroma, SK. LKTP Kledang, SK Sultan Abu Bakar (1), SMKA Maahad Muar, dan Kolej Matrikulasi Perak yang dah berusaha mendidik 'budak comot' ni sehingga berada di tahap sekarang...maceh cikgu!!!




Tuesday 23 August 2011

3 days to go!!!

yeah!!it's already 23rd August...

3 days to go to come back to my hometown!!

really excited....

its feel like 1000 years living here..huhuhuhu....



Tuesday 16 August 2011

SHE...



she's the one...

who started this feeling....

she's the one....

who make me feel like this...

she's the one....

who always want to compete with me...

she's the one....

and the only friend that i want to release from my heart...sorry...

no more friendship...

don't pretend that you really miss me, but on the other hand, you keep comparing both of us....

she used to be my closer friend...

she....

all the best to her..in whatever she does, and wherever she goes....

and thanks for becoming my friend...eventhough you not really appreciate our friendship....


marry me...please....


they keep asking me....'when will you get marry??'

for some reason, I think, that is the funniest question they 'tend' to ask??isn't it??

who will I marry to if I do have no one??

if marry is as simple as a, b, c or 1, 2, 3...i'm not scare to say or even shout, 'marry me now!!!!please.....' to all my 'crush'...hahaha...(*ramainye!!!)

the only thing that i can do right now is hoping, waiting and searching....and the MOST EFFECTIVE way is to PRAY...

personally, deep inside my heart, i still can feel that emptiness....without anyone to love...but, what can i do??

just...don't pressurize me with that kind of question again, ok!!!

so, right now, if they still ask me about this thing, the best answer that i can give is...'next year'...ok, just wait and see...is it possible??

numbness


living alone....

seeking no one...

looking transparently...

walking pathless...

zero feeling...

that's me...with numbness feeling.....huhuhu.....

Saturday 6 August 2011

pisang goreng panas!!pisang goreng panas!!

setelah a year tinggalkan UMK (for my master degree), kini i kembali bekerja....

disebabkan diri ni, kelihatan seperti senior (nak ngaku pn segan, ye la sebab dorang sume lagi tua, excpt ain yg sebaya, walaupun hakikatnya no pekerja i lagi awal daripada diorang), jd diri ni seperti pisang goreng panas!!!

semua keje macam x segan silu nak datang...adui....semua orang nk bagi nama i...even dlm meeting pn, name i y selalu naik...eh, rasenye kan ada staff baru yang lain....huhuhu....

bila dibebani pelbagai keje ni, perasaan semakin berkobar-kobar nak further study!!tapi takut lak...takut salah pilih...macam mane ni??hukhukhuk...

xpe la, berserah je...sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu OP!!ingat tu!!



Friday 17 June 2011

mulut2 kecil yang selalu bertanya...

pernah tak korang dihujani soalan yang senang tapi, tak boleh nak jawab...pernah tak??

contohnya, 'barang ni, beli kat mana? beli bila? dengan sapa? apa nama tempat tu, kedai tu?'

adui, kadang-kadang soalan cepumas macam ni la yang tak boleh nak jawab...soalan nye senang je....tapi bile masuk tang details, tu yang susah nak jawab...hai, budak2...banyak betul soalannya....

kadang-kadang tension gak, bila nak jugak tau detail, yang kita sebagai orang dewasa tak pernah ambil pusing pun benda tu semua...huhuhu...

kalau ikutkan hati, boleh je manipulate dorang...diadun dengan sikit tipu muslihat dan perisa penyedap ayat, hah, sedap je nak tipu semua tu...tapi sebagai orang dewasa yang sangat prihatin kepada diri sendiri(khususnya) dan anak-anak buah(umumnya), mulut ini dengan rela hati menjawab, 'manalah mak cok nak ingat.....'

hai, budak-budak...memang kuat bertanya ye...segala macam benda nak ditanya....kadang-kadang, lojik, kadang-kadang tidak...huhuhu..tapi lagi better daripada melayan soalan orang2 tua yang tak sedar diri kn??lalala~

and bila kita janjikan sesuatu pun, mesti dorang akan ingat..pastu mula lah nak menagih benda tu...kita tengah tido ke, tengah mandi ke, even tengah solat, they will still asking for our promises...huhuhu...kesianlah, kat aunty mu yang comel ni..penatla yang...sabar ye...so, jangan mudah2 nak janji pape kat bebudak ni...kalau tau, susah nak tepati...huhu..

hah, ada lagi soalan yang advance dari budak 7 tahun, 'mak cok, bila kita bersalin??'...uppssss...tiba2 je tanya, apa aku nak jawab ni??so, buat2 tak dengar or tanya dia balik, 'kenapa tanya soalan tu??pelik la....'..actually aku pun tak paham dia tanya maksudnya bila kita akan bersalin ke, bila kita dilahirkan(ye la, budak2 mana nak tau bezakan tu semua kan...huhuhu)

hihihi...seronok layan dorang ni...kalau malas nak layan, dengar dorang cakap pun, dah ok...maklumla, kanak-kanak kan innocent kan...bile dah banyak bergaul ngan budak2 ni, selalu la pulak terkenang zaman indah kanak-kanak dulu....syoknye!!!!tp, nak tak nak...hidup kena diteruskan...THE END...



sombong

tengah syok2 berjalan, melayan perasaan sorang2..tiba2 terserempak dengan 2 orang mamat...tersengih2, aku kenal dia ke??tengok aku, sengih..tengok aku lagi, sengih...cepat2 aku tengok cermin.. muke, ok, takde kotor pape pun...baju n seluar, ok gak, tak koyak...tudung, ok gak la, rambut tak terkeluar...mmm, ni tak lain tak bukan, nak menggatal la ni (sebab sengihan lain macam, bukan senyuman sinis menyindir ye) ishk!!!adui...dorang ni, nyebok je!!mengganggu diri yang sedang mencari ketenangan je........

so, sebagai balasan, hah!!hambik!!!sebijik dua jelingan aku hadiahkan...bestkan???lalalala~

jalan2 lagi...kali ni, naik kete lak...tiba kat tol house tu, bley lak mamat tu bg nasihat, 'dik, lain kali, senyumla sikit ye'....ooooo...sedap je nak mengarah aku!!suke aku la, nak sengih ke, tak mau senyum ke...sibuk je!!!!!kalau la aku tak bawak kete time, lama dah kena sedass dua sembuhan daripada aku ni!!

sombong??memang aku sombong...so what??

tapi aku sombong kat laki2 yang tak kenal je...bukan apa, malas nak berbaik2 dengan orang yang tak de kepentingan dalam hidup aku...huhuhu....

jadinya, minta maaf banyak2 la kepada sesiapa yang pernah dijeling aku ye...




Sunday 12 June 2011

memilih...

saya dah bosan bila orang sekeliling keep asking, 'ko, bila nak kawen??'

orang sekeliling tu, bukan family la...tp kawan2 yang dah lama x berjumpa....

boleh tak, pertanyaan tu diganti dengan, 'ko camne ngn hidup skrg?bahagia x?'..

dan tentu saja jawapan saya...'bahagia, sangat2 bahagia...dugaan datang pergi tu biasalah...lumrah...nak berjaya, mestila banyak dugaan kan?'

yup!!saya sangat bahagia...dikelilingi keluarga yang sangat memahami, dan sedia membantu...kawan2 yang menyenangkan....apa lagi yang saya mahu??betul x?bersyukur dengan apa yang kita ada dan dapat, its more than enough kn?

tapi perasaan bosan mula datang lagi bila diutarakan dengan soalan ni, 'ko tak leh camni, semua orang perlukan cinta...ko tak nak cinta ke??'

'bukan tak nak, dan bukan menolak..cuma...'

'cuma apa??ko tu memilih sangat...'

'bukan memilihla...tak de orang nak lagi buat masa sekarang ni, nak wat cmne??'

'banyakla alasan ko..ada je jawapan ko tu kan...bukan orang tak nak..ko yang jual mahal sangat...n memilih...hoho'

'ok, fine!!memang aku memilih, so what??'

ye, memang saya memilih,...bukan memilih yang terbaik, sebab diri sendiri pun bukanlah yang terbaik...dan bukan memilih yang sempurna, kerana diri ni, banyak sungguh kekurangannya...

saya memilih seseorang yang kuat tekadnya, teguh ibadahnya...

bukan lah mencari alim ulama (memang tak layak pun)..tapi mencari seseorang yang boleh melengkapi dan menerima diri ini seadanya...

serta sedia membantu saya berubah...perubahan ke arah kebaikan....bukan bermakna ingin berubah sebab dia, tapi dia sebagai pendorong perubahan ini....(yang penting berubah kerana Allah la...)

tapi susah betul nak jumpe kan?orang yang boleh menerima kita seadanya...

kalau ada pun, semua macam....hmmm...(tak perlu la cerita banyak2, tapi kalau seorang lelaki melayu, islam suruh perempuan bukan muhrim salam tangan dia, baik ke lelaki tu??)

sorry, saya tak boleh terima...saya diasuh dari kecil, menutup aurat, jaga pergaulan etc...

kalau nak kawan, boleh...nak lebih2 tu, tak perlulah kot...

saya tak suka, cari lah orang lain yang dibawa duduk berdua-duaan dalam bilik yang bertutup tu...

sorry again...I'm not that kind of woman, k...

sebab tu lah, lebih baik tak de, daripada ada...

dan lebih baik memilih, daripada tergesa2...

so, sekarang, bila orang cakap, 'ko ni, memilih sangat'

senang je jawabnya, 'memang memilih pun...sebab aku tak nak la buat maksiat kan....biarlah kalau bercinta, semuanya diredhai...keluarga restu, kawan2 gembira...dan yang paling penting Dia (Allah) sentiasa meredhai....biarlah cinta tu, cinta yang halal...dan cinta yang sampai ke syurga...amin....'

agak konservatifkan fikiran saya??

tak pe la, yang penting saya gumbira...hehehe...


Thursday 9 June 2011

2 tahun mencari cinta....

pada suatu malam yang tenang...31 Mac 2010....

(op){kawan-kawan, kita deal nak...since kita bertiga masing2 belum ada calon, so apa kata kita buat 2 tahun mencari cinta....n madi jadi pengadil, sebab dia sorang je yang dah ada calon...kawan aku y suggestkan ni, sebab dia kata dlu, dorang n geng dorang wat, setahun mencari cinta..pastu, masing2 terus dapat..heee...}....SENT to iza, dila!!hihihii..aku tersenyum geli hati..

tittt..tittt...(iza){ok, boleh je..tapi apa yang jadi kalau ada yang tak dapat??}

titt...titt...(dila){i no hal...xsalah mencubakan...so, apa reward dia??}

(op){hehehe...reward dia, korang dapat la love korang tu...hohoho...tp as a punishment, sapa yang kalah, kita akan tentukan balik apa yang nak buat dengan orang tu..}...'hahaha..mesti aku yang kalah, xpe, rasa macam seronok lak game ni....'hati berbicara kecil...

tittt...tittt...(iza)(dila){ok, deal...}

(op){ok, deal...pencarian bermula esok...hehhehe..}/{madihahahahaa...what's up...u, kitrang wat 2 tahun mencari cinta tau....since u xtermasuk dalam senarai y masih single, u jd kitrg nye referee bley??}..SENT to madi.....

(madi){hah ye ke bley2 no hal nye nanti pape hal roger2.}...reply madi seperti biasa, sms tanpa tanda...huhuhu...ape da...

(op){ok, it will be started tomorrow..ok...}

(madi){ok tapi sape kalah nak wat pe}

(op){itu akan difikirkan kemudian...hohoho}

(madi){ok....}

so, friends...hows your progress??dah setahun 2 bulan dah ni...i, jangan tanya la..awal2 dah menyerah kalah...huhuhu....

takpe, ada 10 bulan lagi...all the best ye!!!hahhaaha.....


Monday 6 June 2011

adek2 PASUM

hari ni genap seminggu budak2 PASUM masuk..(budak2 matrik sekali la, since aku memang ada kat UM ni, so aku nampak budak2 PASUM je la...hehee)

bila tengok dorang semua, dengan baju kurung, wah!!rasa rindu KMPk....apa lah keadaan KMPk sekarang ye..still nampak baru macam 5 tahun yang lalu, or makin dimakan waktu??

rindunya kenangan!!tapi kenangan, tak semua manis2 belaka...bak kata diri sendiri kat fb minggu lepas,

semua dak PASUM ni aku tengok, fresh2 lagi...

agaknya, macam tu la aku tahun 2005 dulu ye...muka jernih je, suci...huhuhu....ye la, makin dewasa ni, makin banyak dosa terhimpun...sedar, tapi kenapa ye diri ni, tak jugak nak insaf2....muka pun makin hitam(ditambah dengan sunburn time fieldwork2...hohoho)...teringat sorang sahabat pernah cakap, "wei, hang bukan putih GILA ka time first year dulu??"..yeke??

huhuhu, tak sangka, fieldwork2 ni semua memang betul2 menghitamkan kulit aku...tak pela, demi sebuah cita2, akan kugagahi juga!!!!

berbalik kepada adik2 PASUM ni, tadi terserempak la dengan satu group dak PASUM ni...n dia terus tanya, "awak ni fizik ke??"....aku pun terus blurrr..."ke dak hayat??"..apa hayat,pe physic ni???oooooo..baru aku igt dak2 PASUM rupanya....

so, aku dengan malu2 kucing aku menjawab..."eh, tak lah, akak dah lama tinggalkan matrik...hihihi"...

so, dorang tanya lagi, "oo, degree ke??".....

"eh, takla...masters"...dengan ketawa sopan santun aku pun jawab......

"wah!!rajinnya akak!!!"...dorang macam teruja je....cewah!!!

sebelum aku sempat tanya, aku ni nampak muda ke...dorang dah tanya dulu, "umo berapa??"...

aku berfikir, nak jawab 23 ke 24??aku blm 24 lg, tp thn ni 24...jawab je la"24"...huhuhu....

"oh, dah boleh berumah tangga la ni ye"...dush..dush!!terkena aku sebijik!!!hambik!!!

adui, adek2..kadang-kadang umur ni, tak boleh tentukan kita dah bersedia ke belum ke arah tu...

bagi aku, kalau Allah dah permudahkan jalan tuk bertemu jodoh tu, maksudnya memang aku dah betul2 bersedia la ke arah tu semua...kalau belum, maksudnya diri ni belum bersedialah tu (walaupun kat mulut n kat hati kata dah bersedia)...

aku pernah dengar, dari ceramah ape ntah, tak ingat sangat..tapi ini tentang bersedia atau tidak....

dalam ceramah tu kata, kadang2 kita ni fikir kita dah bersedia, tapi rupa2nya belum...macam jugak orang yang dah kawen bertahun2 lamanya...tapi still tak de anak....usaha punya usaha, still tak de....sampai dah putus asa, dorang pun amik anak angkat..dan selang beberapa tahun kemudian, dorang lak dapat anak sendiri....sebab apa??sebab bila dorang ada anak angkat tu, maksudnya dorang barulah bersedia nak ada anak, barulah Allah kurniakan mereka anak....mm, logik jugak kan??

ye la, dalam kita tak sedar...kadang2 apa yang kita nak tu, bukan apa yang kita perlukan pun....n kadang2 apa yang kita nak tu, tak semestinya kita bersedia nak menanggung bebanan tu lagi...

Allah MAHA Adil....ditariknya sesuatu daripada kita, kemudian didatangkan sesuatu yang indah lain kepada kita....

maka, percaya lah dengan janji2 Allah ye....(^___^)

believe in Allah, because Allah knows best....




jangan kacau my love ku!!!huhuhu

luckily, ni hanyalah mimpi semata-mata....kalau x, memang menangis airmata berdarah lah jawabnya.....

ok, mimpi ni start lepas aku bangun pagi2 nak solat isyak (dh terbiasa pulak solat pagi2 ni)...

so, after solat, konon2 nak tunggu lah subuh, terlelap sekejap...

tapi mimpi before subuh ni pasal kuasa ajaib..(pelik betul)...

dalam mimpi tu, ramai cousin2 aku dok umah aku, n ada lah 2 org cousin yg mcm chnese..(in reality, 2 org bdk ni x wujud pn as my cousin...lalalala~)

2 org cousins ni lah yang ada kuasa ajaib...siap boleh pass2 kuasa tu kat orang lain....cewaahhhh!!!!hohoho...
ok, berbalik pada tajuk kat atas.....

mimpi ni lepas aku solat subuh (tu lah, sape suruh tido lepas subuh kan..huhuhu)...kiranya aku bangun, tido, bangun, tido je r...hahaha

dia bermula macam ni, disebabkan aku baru je balik drp Kuantan semalam, so my love pn kena la tinggal kat umah abunda...

bila nak tukar parking tu memang dah nampak mcm kotor semacam je my love ni...tp xpe lah, nanti2 bley anta basuh kan...huhuhu

tp nak dijadikan cite, bila pg esoknya time aku nk pegi UM, tup2 boot belakang macam kena robek, n barang2 dalam my love mcm dh x terurus!!!

pastu, Quran yang aku memang letak kat belakang dah beralih ke depan lak.....abes kotor dlm my love tu...(sian dia.....huhuhu)..

so, aku pn menangis la melalak2 kat org dlm umah tu....tp org tu swoh ty kat pakguard(ye lah, kata ada pak guard, takkanlah kete aku kena pecah masuk pun xde pak guard yang perasan kn??)

jadinya aku pun konon2nya nak pergi ke tmpat pak guard tu..tp mcm jauh lak, padahal in realiti, selang 3 rumah je...hahaha

otw ke pak guard, aku pn test la tingkap, lagi meradang lah aku, bila tingkap kat sebelah passenger tu xleh bukak, tp bila tekan button tu, cermin depan yang terbukak!!!(mana bley bukak pn cermin depan kn...lalalaa..apa punya mimpi la)....

tapinya mcm biasalah, bila dalam keadaan marah ni, bley pulak hati ni cakap, 'naseb baik la ni mimpi je'....so, actually aku ni mimpi ke separa sedar???hahahaha

ok, la tu...naseb baik mimpi...kalau reality, mahu melalak2 la aku dlm my love tu....huhuhuhu

kepada my love...
"I sayang u sangat2...serious, tapi I xtaulah, kenapa macam ramai je yang mencemburui kemesraan kita.....huhuuhuhu...siap ada orang calar2kan U lagi...sian u kan??mesti sakit.....dorang tak tahu ke, bila dorang calarkan U, sama macam dorang calarkan hati I???"


Thursday 2 June 2011

kulit muka licin dan berkilat

"_ _ _ sukalah tengok kulit muka op...licin dan berkilat....nak kulit macam op...._ _ _ punya muka keringlah..."

what???muka aku berkilat ke??huhuhu....berkilat maksudnye berminyakla..bagusnya!!!

tapi realitinya, kulit aku ni sangat kering....

orang selalunya bermasalah ngan minyak kat muka, aku bermasalah dengan kulit yang sangat kering....adui....

korang pernah tak rasa, betapa sakitnye kalau kulit asyik mengelupas je aka berganti kulit??(macam ular la pulak...hikhikhik)

seksa tau...bagi sesape yang pernah sunburn tu tau la....

tiba2 kulit rasa panas.....huhuhu....

n bila kena air, lagilah!!!pedihnye!!!!!

tipulah kalau orang cakap, muka berminyak ni, senang nak berjerawat...
ni, muka aku yang kering kontang pun, senang gak nak berjerawat..hahahahaha.....

so, lepas ni, jangan dok sibuk nak tanya, 'op pakai pencuci muka ape ek??'..huhuhu....

masing2 ada masalah kulit sendiri..

tuk sesiapa yang kulit sensitif tu, aku percaya, banyak produk yang korang dah try n hasilnya tak pernah memuaskan..(alhamdulillah,tak menghadapi masalah ni..)

tapi apa yang boleh aku nasihatkan, just try je la pape yang korang rasa ok, jangan dok sibuk nak tukar facial foam sebab orang lain.....

dan jangan ghairah sangat pakai barang2 kecantikan muka ni, makeup ke, n so on..unless r kalau korang tiap2 bulan p facial ke...heee(diri sendiri tak pakai, pandai je nasihatkan orang=P)

last, but not least...jagalah kulit muka anda!!!jangan biarkan ia menghantui hidup anda(ada ke nasihat cmni??hohoho)

Wednesday 1 June 2011

Dugaan atau balasan??

Semenjak sambung master ni, banyak betul perkara malang berlaku....

dan boleh dikatakan, semuanya berkaitan dengan duit...

korang percaya tak dengan nasib malang??huhuhuhu...

ok, aku tau tak baik cakap diri ni sentiasa malang...tapi ni lah realiti....

kalaulah kan, within less than a year, korang:

1. Kena clamped kete 4 kali....sekali tu terlepas sebab menggunakan bakat berlakon dan airmata, so xyah kena bayarla...n 3 kali lagi kena bayar 20/clamp..ok, cuba darabkan, 20x3=RM 60 k...60!!!hilang sekelip mata...huhuhu

2. 3 kali kena saman...yang first time, boleh consider lagi, sebab memang salah aku pn, sape swoh drive laju2 kn?tp yang 2nd time tu, xtahan!!ade ke patut, lampu belum merah lagi, tapi si polis tu tahan aku!!dengan tak jawab soalan sume, trs je mntk ic, license..bengong!!!aku tanye kenapa, bukan nak jawab!!!huh!!konon swoh tgu, tulis saman pun amik masa 15 minit kot!!!!aduhhhhh!!!!!!geram betul!!!

3. yang ni pulak berlaku time fieldwork hari tu..tak perlu nak cerita panjang lebar, sebab benda deh berlaku pn kan(actually, tak mau kenang benda yang pahit ni)...yang penting duit aku abez ~RM4000 kat situ....huhuhu.....

4. my love(kete aku), kena calar...huhuhu...sedih tau!!!pastu, x sampai seminggu, tengok ada kesan kena langgar lak....lagi la berasap berapi hati ni!!tapi nak salahkan sape??terpaksa redha dalam keterpaksaan...........

so, korang boleh bayangkan tak...baru je nak berjimat sikit, dah terpaksa keluar duit...bukan sikit2 pulak tu....huhuu...kadang2 terfikir jugak, ni dugaan ke balasan ni??kalau lah dugaan, alhamdulillah...sebab sekurang2 nya lepas ni aku lebih beringat...and orang kata dugaan ni tanda Allah sentiasa ingat kat kita (supaya kita dekat denganNya la...normallah kan, manusia ni, bila susah baru nak ingatkan Allah..semakin banyak dugaan, semakin rapat kita dengan Yang Maha Pencipta...alhamdulillah)....kalau balasan pulak, pun alhamdulillah...sekurang2nya terhapus sikit dosa2 yang tak terhitung ni....huhuhu(T~T)

semoga dugaan atau balasan ni boleh mematangkan aku di hari kemudian....amin.....

p/s: banyak lagi kisah malang, tapi penat nak bercerita satu2....huhuhuuhu



kalau hati kata tak mahu!!!

bencilah gambar tu!!mengingatkan sy pada seseorang....

huh!!!orang dah kata tak nak, sibuk nak pakse2....ishk, pegi main jauh2 la!!!!

soryla, saya bukan macam seseorang tu (asyik seseorang je....hahaha), mula2 kata xmau..tapi lama2, sendiri yang terhegeh2...

kalau hati dah kata tak mahu, sampai bila2 pun takkan mau....unless kalau Allah bukakan hati ni ye!!

so, xyah mengharap, sebab saya pun tak pernah bagi harapan (kan??kan???)



Monday 30 May 2011

melarikan diri

orang kata, kalau kita ada masalah, jangan lari daripada masalah tu...

we have to face the problem....

tapi kalau xde masalah, kita saja nak melarikan diri, bley kn??

ok, saya nak melarikan diri....

larikan diri daripada orang2 yang tak pernah menghargai...

n kalau boleh, larikan diri daripada kawan2 y membawa kembali memori pahit dulu....

maaf ye, saya tau, kawan2 semua tak bersalah....

tapi ini sahaja cara untuk melupakan kenangan pahit tu.....

bye....


misi mengawal nafsu

awal tahun 2011 yang lalu, i ada azam baru...

azam untuk mengawal hawa nafsu, nafsu tido, nafsu shopping, nafsu movie, nafsu baca novel/cerpen, and....nafsu makan...

tapi nampak gayanya, macam belum berjaya je...huhuhu....

ok, let's start it again......

so, please....my self.....kawal skt sume nafsu tu!!!

skt je lagi!!!

kembalilah kepada op yg dulu, mesti dapat apa yang nak!!!ok!!!

tapi kalau nk dapat kena usaha n kawal nafsu jahat ni...chaiyok2!!!!

Saturday 14 May 2011

Apa khabar iman kita hari ini??



Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman

Taken from: http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1310-saya-dan-encik-iman.html