About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Monday 28 April 2014

Kembara spiritual 2: Mengambil ibrah setiap kejadian

Dengan lafaz bismillah saya menyambung cerita...

Kaabah yang sentiasa dirindui...

Berada di haramain kena sentiasa jaga mulut, dan jaga hati terutamanya...

Setiap apa yang terlintas dihati atau mulut mudah sungguh Allah makbulkan, on the spot.

Masjid nabawi yang menggamit memory, zaman kecik-kecik dan dah tua bangka ni...hihihi

If anything happen, diri akan mula mencari kenapa semua tu terjadi, dan mungkin kerana disana kita hanya fokus pada ibadah, maka setiap musibah yang terjadi senang sungguh dihubungkaitkan dengan urusan harian kita (apa yang kita pernah buat atau terlintas dalam hati kita..

Hari pertama dan kedua berjalan lancar tanpa sebarang dugaan yang nyata. Alhamdulillah sempat menyempurnakan umrah walaupun mengambil masa yang agak lama dan agak drag masa. Jadi, pada hari ke-3, saya dengan syahirah (brummies yang pegi umrah juga) decided untuk buat umrah dengan cepat dan habis cepat, so kami tak perlu balik begitu lewat ke hotel malam tu. 

Dan bermulalah dugaan kami...
Hari tu, kami hanya sempat tawaf 3 kali sebelum isyak, jadi kami pun dengan agak tergesa-gesa dan rushing, right after solat isyak berjemaah (tak solat jenazah pun, hanya solat sunat rawatib je) terus sambung umrah kami. Dan agak membanggakan juga, kerana saei yang biasanya mengambil masa dalam 45 minutes paling cepat, kami dapat habiskan dalam masa kurang daripada 35 minit, bayangkan betapa lajunya kami berjalan (macam nak pegi school)?

Nak dijadikan cerita, masa pusingan ketujuh saie (memang Allah saja nak uji), tetiba saya teringat kasut kami, kasut kami hilang!! Allahu rabbi!! Setelah selesai 4 pusingan tawaf dan tujuh pusingan saie, barulah pulak saya ni nak rasa diri jalan berlenggang je tanpa bawa beg plastik kasut kami?? Memanglah Sufiah ni!! Jadinya, kami pun abeskan saie dan patah balik ke tempat awal (air zam-zam berhampiran bukit safa) kami stop masa saei, and unfortunately memang takde. Memang masa tu, satu memory pun tak lekat dalam otak ni. Apa yang saya ingat, hanyalah masa tawaf dan saie yang agak rushing ni hati saya asyik berkata je, Allah terima ke ibadah saya yang agak rushing ni?? T.T

Setelah tak dijumpai disitu, saya dengan syahirah pun redhalah, tapi kami bukan menyerah, still lagi meneruskan pencarian kasut. Kami mula berkata sesama sendiri, kalau betul-betul kasut hilang, memang berkaki ayamlah kami balik ke hotel, mesti orang pelik..huhuhu.. Dan dalam hati, saya berbisik, 'Ya Allah, jika ini kifarah dosa ku, maka aku redha hilang kasut'.. Tak lama lepas tu, Allah macam bagi idea pada saya dimana 'last seen' kasut. Lepas solat isyak, rasanya saya tak ambil semula kasut tu, dan most probably kasut tertinggal kat basement (tempat kami solat isyak).  Masalah jugak tu kalau nak cari sebab basement agak besar, tapi Allah seakan-akan bagi semua memory pada saya, kami solat isyak di basement, dekat dengan kaabah dan belakang Quran shelf. Jadi, kami pun tried cari ditempat yang dalam memory saya, dan Alhamdulillah, plastik kasut kami masih lagi disitu (tapi telah diketepikan sedikit).. Alhamdulillah...syukur tak perlu berkaki ayam balik..

Ibrah kejadian tersebut, Allah nak tegur, jangan buat ibadah secara tergesa-gesa. Tenang dan perlahan-lahan dalam beribadah. Umrah saya hari tu, yang sepatutnya habis 9.50pm, akhirnya drag ke 10.30pm sebab terpaksa cari semula kasut.. See, betapa Allah menegur!! Alhamdulillah!!



Muka penat dan bersyukur selesai umrah walaupun diduga kasut hilang...


Dugaan lain yang agak terkesan pada diri ni, tentang niqab. Nak dijadikan cerita, saya berniqab semasa ziarah di Makkah kecuali time berihram. Alasannya, sebab berdebu, bukan sebab mengelakkan fitnah ke apa ke (sebab rasa diri memang tak cantik dan tak perlu pakai pun). Jadi bila sampai Madinah, which saya rasa kurang sikit debunya compared to Makkah, saya pun dengan senang hati tak pakai niqab. 


Ziarah di Makkah saya pakai niqab.. Suka betul hikmah jumpa camel! Camel pun suka kat kami!! 
(I wish I have a kid juga time tu!!)

Dan hari kedua terakhir (di Madinah), terlintas dalam hati ni, 'bagus je tak pakai niqab, tak berdebu, dan bukan ada orang nak kacau pun (sebab diri tak berapa nak cantik pun)'.. And then, pegi kedai kat Madinah tu, ada pulak pak arab yang menggatal-gatal, dok cakap-cakap, saya ni paling cantik..dan macam nak mengurat-ngurat...Okay, serve me right!! Sekejap je Allah dah balas. Dan on the way kami jalan balik, ada lagi pak arab yang macam nak tercabut biji mata dok tengok kami semua (disebabkan kami berenam dan hanya saya dan seorang akak ni je yang tak pakai niqab, so terasa agak menakutkan disitu)!! Malam tu, terus, ambik niqab, pakai pegi masjid.. Rasa lebih selamat!!


Terus pakai niqab pegi masjid...

Ibrah kejadian: perempuan ni memang fitnah besar bagi lelaki. Dan cantik tu sesuatu yang subjektif untuk diterangkan.. kalau pun kita rasa kita ni biasa-biasa je pun, mungkin orang pandang kita dengan pandangan luar biasa, jadi sentiasalah berwaspada ye kaum wanita!! 

Selain tu, jagalah hati.. Allah Maha Mendengar, baik yang nyata ataupun yang tersembunyi!!

Wallaua'lam...

P/s: Sila abaikan bahasa melayu saya yang agak bercelaru, dan jika diberi kelapangan atau diri kebosan, mungkin ada lagi entry tentang kembara spiritual ini..

From Birm, with Love,
Sufiah



Friday 25 April 2014

Kembara Spiritual 1: Kurasakan dan kusaksikan cinta :)

Dengan lafaz Bismillah kembara spiritualku bermula...


Alhamdulillah, diberi lagi Allah kesempatan untuk berada di Tanah Suci, it was just like my dream before. Saya pernah bermimpi, beberapa tahun dahulu (semasa dibangku sekolah) pergi ke Baitullah bersama-sama rakan-rakan, not with family. Dan ternyata, mimpi itu menjadi kenyataan.. And surprisingly, pabila kaki melangkah ke dalam masjidil haram, suasananya seakan-akan sama didalam mimpi tu, except orang je la yang bertambah ramai *menangis terharu*

Di sana, saya menyaksikan cinta..dan merasakan cinta..cinta apa?? jeng..jeng..jeng......

1) Cinta ibubapa dan anak (family)
2) Cinta sahabat
3) Cinta strangers kepada another strangers
4) Cinta hamba kepada Penciptanya

-Cinta ibubapa dan anak bukanlah sesuatu yang asing dimana-mana sebenarnya, tetapi ia menjadi lebih istimewa bila cinta itu ditujukan khas untuk Dia.

Meaning?? Disana, dapat dilihat betapa sayang dan kasihnya ibubapa dan anak-anak dalam membantu sesama sendiri untuk menyempurnakan ibadah.

Ibu atau bapa yang uzur dibawa dan ditolak semasa tawaf dan saie dengan penuh keikhlasan oleh anak-anak, anak-anak kecil pula didukung dan diangkut (semestinya dengan berihram, comel!! *_*) juga ketika tawaf dan saie oleh ibubapa dengan penuh kesabaran. Sangat indah pemandangan tersebut. Kadang-kadang terdetik juga dihati nak alami itu semua T.T

Sekadar gambar hiasan. Bertemu dengan ibu dan bayi comel dari Jordan ini di Masjidil Haram ketika solat Jumaat <3 p="">

-Cinta sahabat kerana merekalah orang yang terdekat dengan saya ketika itu, jadi saya merasakan betapa indahnya dipertemukan dengan mereka semua. Mereka terlampau baik untuk saya, tidak layak rasanya berdampingan dengan mereka.
Bersama housemates, roomates, yang saling tak sudah-sudah berkongsi cerita dan saling membantu. Alhamdulillah..bersyukur dipertemukan dengan mereka...


-Cinta strangers- hah, ni bila masing-masing nak buat pahala, jadi masing-masing dengan mudah menghulurkan bantuan. Buktinya? Ketika saya berhenti ditempat air zam-zam antara safa dan marwah, dua lelaki menghulurkan air zam-zam kepada saya, bukan setakat tu je, bahkan dia willing to isikan botol air saya?!! Alhamdulillah, May Allah bless you, both...ameen...

-Dan cinta yang terulung, cinta hamba kepada Penciptanya..  Disana kurasakan cinta hamba kepada Penciptanya.. masing-masing dengan niat yang satu, beribadah, mendekatkan diri kepadaNya.

Sejujurnya, bila berada didepan kaabah, terasa dekat sungguh kita padaNya. Hati sentiasa rasa sedih, airmata mudah mengalir. Betullah kak Fizah (seorang roomate yang sangat baik hati) cakap, kita bertawaf keliling kaabah, dalam masa yang sama, jin-jin, malaikat-malaikat semua turut bertawaf. Dan semoga doa-doa yang kita pohonkan didepan kaabah turut diaminkan oleh malaikat-malaikat yang ada..ameen...



-bersambung..(kalau diberi ruang masa yang mengizinkan)

From Birm, with Love,
Sufiah