Kadangkala.. Hidup ini perlukan kesukaran, barulah kita faham erti pengharapan...
Kadangkala.. Hidup ini penuh dengan kebahagiaan, sampai kita lupa nikmat yang Allah berikan...
Kita ego.. Kita riak... Hidup ditahap yang selesa...
Bila Allah uji, dah goyah, bila Allah duga, dah mengalah...
Semua yang ada, semua pinjaman..
Allah.. Pengharapan ini hanya padaMu...
Allah.. Redhakan aku dengan ujianMu..
Allah.. Tabahkanlah hatiku dengan dugaanMu...
“Satu hari, aku terbangun dari tidur yang agak selesa. Dan pagi itu, aku diuji.. Diuji dengan ujian hati.. Diuji dengan orang-orang sekeliling yang mula menghentam diri.. Allah, aku tak tabah.. Aku kata aku redha, tapi dalam solatku sentiasa bergenang dengan airmata.. Dan malangnya, itu hanyalah airmata kerisauan terhadap reaksi orang pada diri ini.. Allah.. Sungguh, saat itu tiada yang dapat menenangkan, tiada yang dapat membantu.. Hanya Mu, Engkaulah sebaik-baik tempat pengharapan...”
Pergantungan ini hanya padaMu Allah...
Manusia, tiada yang mampu..
Manusia, tiada yang tahu..
Khilafnya diri, meletakkan manusia ditempat yang tinggi!!
Allah, lepaskan hatiku dari dunia..
-----------------
*sedikit takzirah, perkongsian dari sahabat tersayang..*
-----------------
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
------------
Pengharapan ini hanya padaMu, Allah..
“Ya Allah, letakkan dunia didalam genggamanku, bukan dihatiku...”
From Birm with love,
Sufiah
No comments:
Post a Comment