Entry ni macam agak mengarut sikit, tapi this is the truth..
Kebelakangan ini, diri suka sangat baca pasal Uwais al-Qarni.. Siapa Uwais tu? Tak glamour katanya..
Memang pun, sebab tu la, dia orang biasa yang luar biasa.....
And diri rasa terjatuh cinta pada dia..Wah, kalaulah ada Uwais al-Qarni zaman sekarang ni, memang tak teragak-agak suruh abang-abang masuk meminang....
Uwais al-Qarni, dulu saya pun tak kenal, sampailah akak saya namakan anak dia, Uwaise (5 years ago), barulah terhegeh-hegeh nak menggoogle, siapa Uwaise ni?? (anda-anda sila google sendiri ye, banyak cerita pasal Uwais ni)
Uwais al-Qarni, tidak terkenal dibumi, tapi terkenal dikalangan penghuni langit..
Uwais al-Qarni, doanya sangat makbul dan mustajab, sampai Rasulullah saw pun suruh Umar dan Ali ra meminta Uwais mendoakan mereka jika berjumpa dengan Uwais..
Uwais al-Qarni, betapa cintanya pada Rasulullah sampai sanggup mematahkan giginya setelah mendengar berita gigi Rasulullah patah dalam peperangan Uhud..
Uwais al-Qarni sangat menyayangi ibunya, bagi memudahkan ibunya yang sakit pergi menunaikan haji, dia sanggup membela seekor lembu, dan membina rumah untuk lembu tu di sebuah bukit. Setiap hari, dia akan angkat lembu itu turun dan naik semula ke atas bukit untuk makan (orang-orang sekeliling mengatakan dia gila) sehingga lembu tersebut gemuk. Hikmahnya, otot-otot dia mula kuat, dan mudah untuk mengangkat ibunya untuk pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah... Allah!!
Uwais al-Qarni, taatnya kepada ibunya, sehinggakan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa Rasulullah terpaksa dilupakan dek kerana pesanan ibunya...
Uwais al-Qarni, disaat kematiannya sungguh ramai yang berebut untuk menyempurnakan jenazahnya, dan ini menggemparkan penduduk Yaman, kerana dia adalah seorang fakir dan tidak dihiraukan orang... SubhanAllah!!
Hah, jatuh cinta tak??
Inilah yang dinamakan jatuh cinta pada orang biasa yang luar biasa!!! *ceh, op berangan...*
"Oh, Allah, I desperately need Your Love and Your Bless to enter Jannah...Kalau jatuh cinta pada makhlukMu membuatkan aku semakin lupa padaMu, maka Engkau halangilah aku dari jatuh cinta dengan penuh kehinaan itu.. Maka, Engkau pertemukanlah aku dengan seseorang yang mencintaiMu lebih daripadaku, dan boleh membimbing aku dan bakal zuriat-zuriat kami ke arah SyurgaMu... Ameen.. "
From Birm, with Love,
Sufiah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment