About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Sunday, 12 June 2011

memilih...

saya dah bosan bila orang sekeliling keep asking, 'ko, bila nak kawen??'

orang sekeliling tu, bukan family la...tp kawan2 yang dah lama x berjumpa....

boleh tak, pertanyaan tu diganti dengan, 'ko camne ngn hidup skrg?bahagia x?'..

dan tentu saja jawapan saya...'bahagia, sangat2 bahagia...dugaan datang pergi tu biasalah...lumrah...nak berjaya, mestila banyak dugaan kan?'

yup!!saya sangat bahagia...dikelilingi keluarga yang sangat memahami, dan sedia membantu...kawan2 yang menyenangkan....apa lagi yang saya mahu??betul x?bersyukur dengan apa yang kita ada dan dapat, its more than enough kn?

tapi perasaan bosan mula datang lagi bila diutarakan dengan soalan ni, 'ko tak leh camni, semua orang perlukan cinta...ko tak nak cinta ke??'

'bukan tak nak, dan bukan menolak..cuma...'

'cuma apa??ko tu memilih sangat...'

'bukan memilihla...tak de orang nak lagi buat masa sekarang ni, nak wat cmne??'

'banyakla alasan ko..ada je jawapan ko tu kan...bukan orang tak nak..ko yang jual mahal sangat...n memilih...hoho'

'ok, fine!!memang aku memilih, so what??'

ye, memang saya memilih,...bukan memilih yang terbaik, sebab diri sendiri pun bukanlah yang terbaik...dan bukan memilih yang sempurna, kerana diri ni, banyak sungguh kekurangannya...

saya memilih seseorang yang kuat tekadnya, teguh ibadahnya...

bukan lah mencari alim ulama (memang tak layak pun)..tapi mencari seseorang yang boleh melengkapi dan menerima diri ini seadanya...

serta sedia membantu saya berubah...perubahan ke arah kebaikan....bukan bermakna ingin berubah sebab dia, tapi dia sebagai pendorong perubahan ini....(yang penting berubah kerana Allah la...)

tapi susah betul nak jumpe kan?orang yang boleh menerima kita seadanya...

kalau ada pun, semua macam....hmmm...(tak perlu la cerita banyak2, tapi kalau seorang lelaki melayu, islam suruh perempuan bukan muhrim salam tangan dia, baik ke lelaki tu??)

sorry, saya tak boleh terima...saya diasuh dari kecil, menutup aurat, jaga pergaulan etc...

kalau nak kawan, boleh...nak lebih2 tu, tak perlulah kot...

saya tak suka, cari lah orang lain yang dibawa duduk berdua-duaan dalam bilik yang bertutup tu...

sorry again...I'm not that kind of woman, k...

sebab tu lah, lebih baik tak de, daripada ada...

dan lebih baik memilih, daripada tergesa2...

so, sekarang, bila orang cakap, 'ko ni, memilih sangat'

senang je jawabnya, 'memang memilih pun...sebab aku tak nak la buat maksiat kan....biarlah kalau bercinta, semuanya diredhai...keluarga restu, kawan2 gembira...dan yang paling penting Dia (Allah) sentiasa meredhai....biarlah cinta tu, cinta yang halal...dan cinta yang sampai ke syurga...amin....'

agak konservatifkan fikiran saya??

tak pe la, yang penting saya gumbira...hehehe...


No comments:

Post a Comment