Pesan pada hati, Allah ada!! Dia sentiasa dengar, Dia sentiasa tahu..
Ye, 2,3 minggu kebelakangan ini, diri selalu jatuh sakit..
Frankly, disebabkan diri ini selalu sihat sampai lupa macam mana perasaan demam tu.. Until one day, badan rasa tak terlarat nak bangun, tak larat nak bergerak.. And I just remember back the old feeling of being sick!! Allah.. Allah.. Allah..
Doa dalam hati banyak-banyak, semoga kesakitan ini mengurangkan dosa-dosaku.. Ameen..
Tapi biasalah sebagai manusia biasa, perasaan sedih itu tetap ada.. Sedih demam keseorangan (tanpa family), sedih sebab stress banyak keje, sedih semua orang refer masalah pada saya (which at first I thought I can avoid this because I am living alone)..
Bila kesedihan tu datang, kepada Dia jugalah tempat mengadu.. Because I am no longer trust any human, I mean, manusia tak boleh selesaikan masalah saya pun, walau macam mana saya mengadu atau merintih.. Huhu😭😭😭😭 Mungkin, bolehlah mendengar.. Ye, kerana saya selalu je mengadu sesuatu dengan seseorang yang saya percaya...
Hati ini, ye hati ini.. mungkin lebih cenderung kepada dunia.. Kerana itulah hati ini jarang nak bersyukur, jarang nak redha..
Hati ini, ye hati ini.. mungkin lebih menjaga hati manusia, sedangkan diri tau, bukan kuasa kita untuk menjaga hati-hati manusia..
Hati ini, ye hati ini.. mungkin terlampau bergantung pada dunia dan manusia, sedangkan diri tahu dan pasti, hanya Allah tempat pengharapan yang sebaiknya...
Allah.. Semoga hati ini, kekal melekat padaMu..
Pesan pada hati selalu, Allah ada.. Dia sentiasa Mendengar, Dia sentiasa Melihat, dan Dia sentiasa dekat dengan kita...
*kesat airmata tu, senyum dan ucapkan alhamdulillah..diatas tiap-tiap nikmat dan rahmat yang dianugerahkan*
From Birm, with love,
Sufiah
No comments:
Post a Comment