About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Friday, 7 February 2014

Bersabar bila acapkali soal jodoh dikemukakan

Berborak dengan sahabat seusia, dan berada di Malaysia. Acapkali soal jodoh diperbincangkan...

Allah!! Allah!! Allah!!

"JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH!!"

Saya faham, di usia melepasi suku abad, ramai mula prihatin kepada taraf status kami. Yes, ramai mula bertanya-tanya, "bila nak akhiri zaman bujang?" "tak teringin ke nak kahwin?" Dan kesempatan balik ke Malaysia untuk hanya 2 minggu juga sudah membuatkan kepala saya sesak dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut, inikan pula sahabat-sahabat yang berada di Malaysia.

Sabar is the key thing!

Everybody have their own life path. Don't compare yourselves with others, too many days will be wasted by wishing to be someone that we aren't. Allah said,

'Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan pohonlah kepada Allah akan limpah Kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (4:32)'

Sabar itu, memang sesuatu yang mudah diungkapkan, tapi ia teramat payah untuk dilaksanakan. SANGAT SUSAH! Dan disinilah perlunya konsep REDHA. Tapi redha pula, BUKANlah hanya MENYERAH, tapi BERUSAHA kemudian BERSERAH!!

Pabila kita mula redha, kita akan mudah menerima sesuatu dengan lebih positif. Secara berlapiknya, redha adalah berfikir secara positif, 'everything happen for a reason, though!'.

Sebagai seorang yang matang, kita tak perlu melatah. Bila orang mula tanya soal jodoh, senyumlah dan katakan pada mereka, "Doakan saya".

Dan kepada orang-orang yang bertanya, anda perlu faham konsep takdir. Takdir kita mungkin berbeza-beza. Anda dipermudahkan dalam soal jodoh, sedangkan ada orang lain dipermudahkan dalam hal lainnya. Life is not all about marriage anyway, and happiness is not determined by marriage. Our true purpose of life is worship to the Al-Mighty (51:56).


KEEP SMILING AND BE POSITIVE!!!

From Birm, with love,
Sufiah

No comments:

Post a Comment