It has been 6 years!!
Awak selalu kejut kita, pagi-pagi sebelum subuh…
Awak selalu dengar kita merungut dan tenangkan kita.. (ye, awak sangat matang!!)
Awak selalu marah kalau kita keluar malam-malam dengan kawan-kawan, kata awak, perempuan tak baik keluar malam… (tapi kalau dah namanya Sufiah, memang degil)
Awak selalu je layan kita baik, walaupun kita selalu nak sakitkan hati awak…
Awak selalu je ikutkan cakap kita, tapi kalau awak marah, kita buat bodoh je..kalau kita marah, awak tak pernah amik hati…
Serious, kita rindu kat awak, sampai termimpi-mimpi…
Even after 6 years, kita still ingat number phone awak, walaupun kita tahu no tu dah tak aktif (at least untuk awak)..
Satu je yang kita kesalkan, kita tak dapat tunaikan janji kita pada awak, to always be by your side…
Allah, Kau rahmatilah rohnya, ampunilah segala dosa-dosanya…
Semoga tenang awak disana…
Al-Fatihah untuk awak…
From S to S…
Birm, with love,
Sufiah
No comments:
Post a Comment