Sebagai manusia biasa, saya pernah
terjatuh dalam gelora hati dan perasaan. Ye, saya pernah jatuh cinta!
Dipendekkan cerita, saya bersahabat baik dengan dia, daripada sahabat, kemudian
datanglah pula perasaaan-perasaan tanpa diundang.
Seminggu, ye, seminggu saya
istikharah, untuk memastikan makna perasaan ini, dan seminggu itu jugalah
perasaan itu semakin kuat. Dan kami juga semakin hari semakin rapat.
Tapi, pabila diri semakin sedar
bahawa, ‘LELAKI DAN PEREMPUAN, TAKKAN PERNAH MENJADI TEMAN RAPAT, KERANA PADA
SUATU KETIKA MUNGKIN SALAH SEORANG AKAN JATUH CINTA’ , akal waras saya mula
menyapa, mungkin ini hanyalah perasaan sementara? Allah hanya menguji, dan
Allah sekarang sedang menguji saya dengan ujian
hati! Saya nekad, saya perlu tinggalkan dia. Kenapa saya perlu menjaga cinta
manusia yang tak halal dan tak pernah menjanjikan kebahagian, sedangkan cinta
saya kepada YANG MAHA PEMBERI CINTA pun masih terumbang-ambing? Kerana Dia,
saya tinggalkan dia.
Kemudian datang pula sahabat yang
sering mendengar segala luahan dan curahan rasa, beliau menggesa saya untuk
kembali kepada dia. Katanya, saya perlu berusaha untuk mencari dan mengejar
cinta saya, sedangkan pada ketika itu, saya sudah rela hati melepaskan dia.
Diri semakin keliru, sahabat yang lain menjadi tempat mengadu.
Dan hanya bahasa isyarat yang dapat diberikan mereka! Keliru dan semakin
keliru! Saya yakin dan pasti dengan tindakan saya, tapi kenapa ada lagi manusia
yang menggesa saya untuk membuat sesuatu diluar kemampuan saya sekali lagi?
Dalam kekeliruan, wudhu diambil, dan
kalam cinta Allah mula dibaca penuh penghayatan. Tersentak bila secara
tiba-tiba mata menangkap satu ayat, (yang bermaksud):
“Dan jika kamu menuruti
kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu
dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan
mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (6:116)
Sesungguhnya, Allah sedang menegur
saya! Ajaibnya kalam cintaNya, pabila diri dalam kekeliruan, secara tidak
langsung teguran itu datang. Allahu Rabbi!! Halus sungguh teguran Allah, dan
merungkaikan segala kecelaruan. Alhamdulillah, saya kembali tenang. Dan semakin
yakin dengan setiap tindakan yang diambil. J
MENANGIS DITEGUR ALLAH!!Huhhu T.T
From Birm, with muchy-muchy loves,
Sufiah
MENANGIS DITEGUR ALLAH!!Huhhu T.T
From Birm, with muchy-muchy loves,
Sufiah