Allah menduga dengan didatangkan berbagai ujian hati, ujian perasaan. Dan saya sangat yakin dan percaya bahawa ini hanyalah secebis dugaan agar saya lebih tabah menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini...
Saya tahu, SAYA KUAT dan SAYA TABAH!! ALLAH kan ADA!! Dikiri dan kanan saya juga sentiasa ditemani Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatat amalan-amalan saya..
Yupp, no one else can change my life, only me can make any changes!!
3, 4 hari ni, diri rasa sangat demotivated...Hati tak tenteram, jiwa gusar.. Research pun tak berjalan lancar... Astaghfirullah al azim...
Saya perlu bangkit, bangkit semula daripada kejatuhan ini..
Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku, agar aku dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Mu ini...amin....
Oh, last week saya ada senaraikan ciri-ciri suami idaman, dan dibelakangnya pula, ciri-ciri diri sendiri.. Agar diri dapat membandingkan, adakah saya ini cukup segala kriteria untuk mendapat sesuatu yang saya idamkan (ye la, kita akan dapat apa yang refleks diri kita, kalau kita baik, dapatlah jodoh yang baik, dan sebaliknya)..
Kemudian, saya mula terfikir, saya seorang 'diary oriented person' or 'dream/aim oriented type'..Ye, baru saya sedar sekarang!! Saya perlukan impian dan azam untuk mengejar cita-cita saya. Dan saya memerlukan rangka perjalanan hidup, supaya saya tak terpesong atau terjatuh daripada jambatan yang saya cipta.
Tahun 2013, saya bagaikan seorang yang lain. Seorang yang hanyut dengan angan-angan tanpa usaha. Oh, ye, baru saya perasan, saya tiada azam tahun ini.. Oh dear..no wonder I'm always acting like this...Saya berjalan tanpa wawasan selama beberapa bulan ini...=.='
Alhamdulillah, kesemua ada azam 2012 saya tercapai tanpa cacat celanya.. Alhamdulillah sekali lagi!! Sekarang masa untuk merangka azam 2013. Stop blaming yourself!! Dan sentiasa bersangka baik pada Allah! Alangkah ruginya diri ini, kerana sentiasa menyalahkan diri sendiri untuk beberapa bulan ini, dan sentiasa bersyak wasangka pada Allah!!
Allah!! Ampuni aku, insan yang kerdil lagi hina ini..
Bila terjumpa timeline photo ni kat facebook, barulah sedar.. Saya hidup dibayangi nafsu.. Allahu Akbar!!! Maka saya adalah golongan lemah itu!! Astaghfirullah!!!
BAIK, mulai SAAT dan KETIKA ini, saya perlu bangkit!! Saya perlu menjadi orang yang PINTAR!! Bukan lagi golongan lemah yang hanya menggantungkan harapan-harapan kepada Allah tanpa berusaha! Ye, saya perlu merancang masa depan saya, saya perlu merancang perjalanan hidup 2013 saya ini!! Dengan adanya azam, saya lebih istiqamah!! Yeah, I know myself better! Saya akan berusaha mendapatkan apa yang saya nak, kemudian berserah dan redha dengan ketentuanNya. Atleast, jika tak dapat, saya masih berpuas hati kerana sudah berusaha!!
"Sesungguhnya, saya bijak merancang perjalanan hidup saya, tapi Allah lah sebaik-sebaik PERANCANG!!"
"I will face, whatever I fear"
From Birm, with Love,
Sufiah
No comments:
Post a Comment