About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Wednesday, 7 May 2014

Review back my 2014's goals!!






Its already May, and what??!! I just realised that I have 12 goals to achieve by the end of this year.. Means, before I am going back to Malaysia for holiday!!!


I am actually running out my time, only 4 out of 12 been achieved or on going, How about the rest??

Op, you need to be focus, productive and motivated!!

Keep moving!!!

Plan your time well!!

Don't wasting your time by doing something that unimportant to your life..


"By time. Indeed mankind is in loss. Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience (103:1-3)"

p/s: need to review back my goal every month (one of the resolution which I totally forgot =..="

From Birm with Love,
Sufiah


Tuesday, 6 May 2014

Jatuh cinta pada orang biasa yang luar biasa..

Entry ni macam agak mengarut sikit, tapi this is the truth..

Kebelakangan ini, diri suka sangat baca pasal Uwais al-Qarni.. Siapa Uwais tu? Tak glamour katanya..
Memang pun, sebab tu la, dia orang biasa yang luar biasa.....

And diri rasa terjatuh cinta pada dia..Wah, kalaulah ada Uwais al-Qarni zaman sekarang ni, memang tak teragak-agak suruh abang-abang masuk meminang....

Uwais al-Qarni, dulu saya pun tak kenal, sampailah akak saya namakan anak dia, Uwaise (5 years ago), barulah terhegeh-hegeh nak menggoogle, siapa Uwaise ni?? (anda-anda sila google sendiri ye, banyak cerita pasal Uwais ni)

Uwais al-Qarni, tidak terkenal dibumi, tapi terkenal dikalangan penghuni langit..

Uwais al-Qarni, doanya sangat makbul dan mustajab, sampai Rasulullah saw pun suruh Umar dan Ali ra meminta Uwais mendoakan mereka jika berjumpa dengan Uwais..

Uwais al-Qarni, betapa cintanya pada Rasulullah sampai sanggup mematahkan giginya setelah mendengar berita gigi Rasulullah patah dalam peperangan Uhud..

Uwais al-Qarni sangat menyayangi ibunya, bagi memudahkan ibunya yang sakit pergi menunaikan haji, dia sanggup membela seekor lembu, dan membina rumah untuk lembu tu di sebuah bukit. Setiap hari, dia akan angkat lembu itu turun dan naik semula ke atas bukit untuk makan (orang-orang sekeliling mengatakan dia gila) sehingga lembu tersebut gemuk. Hikmahnya, otot-otot dia mula kuat, dan mudah untuk mengangkat ibunya untuk pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah... Allah!!

Uwais al-Qarni, taatnya kepada ibunya, sehinggakan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa Rasulullah terpaksa dilupakan dek kerana pesanan ibunya...

Uwais al-Qarni, disaat kematiannya sungguh ramai yang berebut untuk menyempurnakan jenazahnya, dan ini menggemparkan penduduk Yaman, kerana dia adalah seorang fakir dan tidak dihiraukan orang... SubhanAllah!!

Hah, jatuh cinta tak??

Inilah yang dinamakan jatuh cinta pada orang biasa yang luar biasa!!! *ceh, op berangan...*

"Oh, Allah, I desperately need Your Love and Your Bless to enter Jannah...Kalau jatuh cinta pada makhlukMu membuatkan aku semakin lupa padaMu, maka Engkau halangilah aku dari jatuh cinta dengan penuh kehinaan itu.. Maka, Engkau pertemukanlah aku dengan seseorang yang mencintaiMu lebih daripadaku, dan boleh membimbing aku dan bakal zuriat-zuriat kami ke arah SyurgaMu... Ameen.. "




From Birm, with Love,
Sufiah





Thursday, 1 May 2014

Kembara spiritual 3: Cinta eksklusif hanya untuk Dia

بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebelum diri terbuai mimpi..

Nikmat yang paling besar yang dapat saya rasakan disana adalah nikmatnya menjadi single. Yes, honestly all this while, I am always asking kenapa lah saya tak bertemu jodoh lagi sampai ke sekarang ni?? Bila ada orang nak, saya tak suka, bila saya pulak nak, dia pulak main tarik tali..ehh??sila abaikan...

Ye, sangat bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk beribadah kepada Dia dengan cukup eksklusif sekali.. Tanpa komitmen lain yang menyekat.. Tanpa keluarga yang mengikat.. Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Alhamdulillah!!

Disaat rakan-rakan sebaya mula menghapdate status tentang anak, menghapload gambar bersama keluarga tercinta,  secara jujurnya saya cemburu..  dan kadangkala perkara tu membuatkan saya mula menyoal apa hikmah semua itu.. Dan tanpa disedari, Allah answered my question, disana.. ye, disana...

Eksklusifnya cinta kepada Dia, tanpa sebarang gangguan lain..
Eksklusifnya cinta Dia, tak perlu berkongsi dengan hambaNya..
Eksklusifnya cintaNya, sepenuh hati dan perasaan boleh dikhususkan untuk Dia, hanya untuk Dia...

Dan, mula diri terasa bersalah dengan ibu abah (masa pergi umrah dengan mereka sewaktu kecil dulu), mungkin mereka juga ingin beribadah sepenuhnya, tapi disebabkan ada anak-anak, tanggungjawab yang melekat, membuatkan amal ibadah mereka tersekat....

Disana, I am free to iktikaf, free to baca Quran, free to Qiam, free to do all the ibadah... Sangat tersentuh dengan hikmah tersebut... Sesungguhnya, Allah ingin pelihara diri ni daripada cinta sang Hamba, sebelum benar-benar mencapai cintaNya...

Allah, sesungguhnya diri ni khilaf, sesungguhnya diri sentiasa kata cintakan Mu, tapi sebenarnya amal perbuatanku jauh sungguh daripada cinta Mu...

Allah, ampuni dosaku, dosa ibubapa, dosa bakal suami dan anak-anakku, dosa kaum keluargaku, dosa sahabat-sahabatku.. Kurniakanlah kami SyurgaMu serta nikmatnya dan apapun yang mendekatkan kami dengannya, baik perkataan atau amal perbuatan dan lindungi kami dari NerakaMu serta azabnya dan apapun yang mendekatkan kami kepadanya, baik perkataan atau amal perbuatan... Ameen....

The End

From Birm, with Love,
Sufiah