Bila saya malas..
Saya kena ingat, saya nak habis cepat...
Bila saya malas..
Saya tak boleh melatah, saya pemegang amanah....
Bila saya malas...
Saya tak boleh berserah dan mengalah, sebab menuntut ilmu kan ibadah...
Bila saya malas...
Saya tak boleh mengeluh kasar, takut syaitan ketawa besar!
Bila saya malas..
Saya tak boleh leka, kerana parents and family sentiasa tembakkan doa mereka kepada saya..
Jadi...
Saya tak boleh malas-malas...
Kerana malas hanya akan membinasakan..
Benar, sesungguhnya, jalan ke Syurga itu perit, penuh dengan rintangan dan dugaan, tetapi akhirnya anda akan merasa kemanisan dihujung jalan..
Benar, jalan ke neraka itu penuh kemanisan, penuh kenikmatan.. tetapi akhirnya anda akan merasa azab dan penyesalan dipengakhiran...
"menuntut ilmu itu ibadah, dan mengajarkan ilmu itu adalah saham kita untuk meraih SyurgaNya... Biiznillah..."
From Birm, with love,
Sufiah
No comments:
Post a Comment