Bosankan bila topik pasal jodoh diketengahkan. OP ni, asyik-asyik JODOH, asyik-asyik JODOH, bosanlah!!! Diri sendiri pun bosan, tapi nak jugak bercerita. Bukan apa, bila umur dah meningkat ni, orang sekeliling dok tanya, bila, bila, dan bila? Entahlah, semua tu tak boleh saya nak jawab. JODOH belum jumpa, tu je la jawapan terbaik buat masa sekarang.
Single-mingle ni, memang seronok. Kita bebas nak buat apa-apa, takdelah nak gaduh-gaduh ke, kecik hati ke, sakit hati ke dan seangkatan dengannya.
Tapi bila orang sekeliling (orang sekeliling lagi!!), tanpa berputus asa bertanya.. Hah, ni yang nak naik angin ni!! Kalau ikutkan hati, kalau orang tanya lagi, 'bila nak kahwin?', nak je jawab macam ni, 'awak tanya saya bila nak kahwin, sama macam awak tanya saya bila nak mati? AJAL Maut ditangan ALLAH, JODOH Pertemuan pun ditangan ALLAH!!redha je lah dengan ketentuan tu..'
Ye, memang diri ini memilih. Seorang SAHABAT pun pernah cakap, 'awak tu jangan memilih sangat, nanti jadi anak dara tua pulak!' Jahat betul mulut dia ye, ni nak kena cili ngan OP ni!!hihii.. Pada saya, selagi boleh memilih, biar kita memilih. Lagipun, kita nak hidup dengan jodoh kita, kalau boleh untuk selamanya, bukan setengah jalan je kan? Dan satu ayat yang saya suka nak tegaskan pada SAHABAT tadi, 'Biarlah saya jadi ANAK DARA TUA, daripada jumpa dengan seseorang yang boleh BAWA saya ke NERAKA!!'
Definisi 'bawa saya ke neraka' disini bukan bermaksud lelaki tu jahat, tapi diri ni yang tak sesempurna mana. Saya sangat kenal dengan diri sendiri, yelah, dah 25 tahun kot. Jadi, saya tahu diri saya. Sebab itulah, kalau boleh saya mahu memilih. Memilih agar diakhir nanti, saya tidak mempersoalkan apa yang saya dapat. Agar tak tercetusnya pergaduhan disebabkan masalah yang kecil (kuat gaduh gak OP ni ye..kihkih). Dan agar kami sentiasa bersyukur dan redha dengan apa jua yang Allah tetapkan. Jadi, bolehlah OP masuk syurga dengan keredhaan suami (CEWWAAHHH!! ayat tak tahan).
Mungkin ada orang kata, kita takkan dapat apa yang kita nak, tapi Allah akan bagi kita apa yang kita perlu..SETUJU!! Jodoh pun macam tu, apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat. Jadi, kita perlu berbalik kepada Allah, Dia yang menentukan segala-galanya. Tapi, kalau lelaki tu, tak ada usaha pun ke arah kebaikan, asyik dok menabur janji-janji palsu, so, SELAMAT JALAN ROMEO je la jawabnya..kihkih.. Sepanjang kehidupan saya ni, saya dah muak dah dengan orang-orang yang menghulurkan cinta palsu!! Semuanya berasaskan nafsu!! BOSAN!! BOSAN!! dan BOSAN!! (OP ni entah apa yang dia tak bosan, ntah..hahaha). Jadi, saya akan simpan cinta saya ini untuk orang yang betul-betul layak menerimanya.
'Biarlah hati ini terisi dengan cintaNya, kerana sesungguhnya hati ini milikNya.'
**Saya doakan yang terbaik untuk bakal suami saya. Al-Fatihah untuk dia..(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jodoh pertemuan ajal maut rezeki dan tanah kubur yang sebaris semuanya dalam iradat Allah. Kalau di dunia ni tak ada jodoh nanti di akhirat akan disiapkan oleh Allah. Sabar dengan dugaan Allah. Insya' Allah.
ReplyDelete