About Me

My photo
Selly Oak, Birmingham, West Midlands, United Kingdom
Just an ordinary woman who is struggling with life and study. Nothing much interesting. zufiaz87@gmail.com

Tuesday 10 November 2015

Bahagia itu datang dari Dia


Bila someone (seorang kakak) in her early 30s mengadu tak berjodoh lagi (dan Sufiah pun tak faham macam mana boleh pakar motivasi pasal jodoh pulak, sedangkan diri sendiri pun ntah kemana๐Ÿ˜น), jawapan Sufiah adalah:

“Sabarlah kak, bahagia tu datang dari Dia. Saya selalu doa, supaya dapat kebahagian itu. Tak kesah la bahagia tu datang dalam bentuk apa sekalipun. Kalau dengan adanya sahabat tu boleh membahagiakan, mudahkanlah dan pertemukanlah saya dengan sahabat-sahabat yang baik. Kalau dengan bersuami boleh membahagiakan, permudahkanlah saya dengan jodoh yang soleh wa musleh. Dan ternyata, saya sentiasa dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik (Alhamdulillah!), dan sangat bahagia. Mungkin itulah kebahagian saya buat masa sekarang!๐Ÿ˜Š

Ye, bahagia datang dari Tuhan. Kadangkala kita rasa kita cukup semua, tapi hati kita tetap tak bahagia,
sebab, kita ego dan sombong nak minta dari Dia supaya hadiahkan kita kebahagiaan itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, yang selalu doa macam kat atas tu ๐Ÿ‘†๐Ÿผ, ye memang Allah bagi. Sentiasa dikurniakan sahabat-sahabat yang baik. Itulah nak cakapnya, Allah akan memakbulkan doa kita, kadang2 kita sendiri tak perasan. Tapi bila kita imbas kembali, confirmed apa yang kita dapat sekarang, ada kaitan dengan doa-doa kita dimasa lalu.. 


Ingin saya tegaskan lagi, bahawa bahagia itu datang dari Tuhan, dan sebagai hambaNya, kita perlu mencari Tuhan dulu, baru kita akan temui kebahagiaan tersebut! 

Semoga hati-hati kita terikat dengan kasih sayang kerana Tuhan.. Ameen..


From Birm with Love,
Sufiah

Wednesday 4 November 2015

Mujahadah Ilmu

"Kalau saya jadi akak la, mesti saya tak berhenti menangis. Pastu sekarang ni saya dah cari ticket nak balik Malaysia.."

"Saya tak rasa Op akan nangis.. Tak,kan? Op bukan jenis yang senang menangis gak kan?"

"Mmm..betul gak, tapi tak tahu la kalau saya diuji macam akak. Mungkin saya tak kuat. Sebab akak kuatlah Dia uji akak"



Mujahadah Ilmu..
Setiap orang, lain ujiannya. Diuji dengan masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah research itu sendiri hatta masalah supervisor pun boleh jadi effect!

Recently, seorang sahabat diuji. Tak perlu saya detail kan ujian tersebut, sebab makin panjang pulak ceritanya nanti.

Tapi, ye la..Allah uji, sesuai dengan kemampuan kita.

Once, I promised to myself, I won't cry because of my study anymore! Cukup la setahun master, saya dah cukup terseksa. Dan untuk PhD, saya akan buat-buat tabah, dan try untuk jadi tabah.

Saya, sentiasa doa semoga Dia kurniakan ketabahan yang luar biasa untuk saya. Dan alhamdulillah, ketabahan yang Dia beri, kadangkala membuatkan saya sendiri terfikir, bagaimana saya boleh lalui ujian tersebut dengan tenang dan tabah sekali.



Mujahadah Ilmu..
'Kekuatan itu datang dari Allah, Dia yang berkuasa memberi, dan Dia juga yang berkuasa menariknya kembali'

Dan kita sebagai hambaNya, perlu redha dan bersabar dengan ujian dan dugaanNya.

Seorang lagi sahabat pernah berkata, salah satu cara nak legakan hati adalah dengan selalu ingat kembali, 'Allah uji kerana sayang, dan kerana sayang, Allah mahu tingkatkan lagi level kita di Syurga nanti, sebab itu Dia uji kita..Supaya kita tabah, redha dan bersabar.. Supaya kita bersyukur, dan menikmati apa jua nikmat dengan hati yang lapang..' *tertusuk hati dengar!

Mujahadah Ilmu,

Semoga Mujahadah Ilmu kita, bukan kearah sesuatu yang sia-sia.. Ameen..


From Birm with Love,
Sufiah